Ahad, 22 Disember 2013

DEDAH !!!!!! RINTIHAN GOLONGAN CINA YANG KURANG BERKEMAMPUAN DIABAIKAN PKR SELANGOR

Masyarakat Cina di kawasan Sungai Buloh K Selangor,akhirnya mengakui yang kerajaan Negeri Selangor menzalimi mereka dengan membiarkan golongan miskin disana tidak diberikan bantuan bantuan yang sewajarnya kepada mereka

Mereka mendakwa semenjak dua menjak ini nasib mereka boleh lah admin pm anggap  di ibaratkan seperti sampah yang terbuang,bagaimana kerajaan Negeri mentakbir Negeri jajahannya ini,bayangkan dengan kenaikan cukai perniagaan 400% kenaikan gaji MB dan anak kakinya sehinggakan 373% dan terbaru pembongkaran SPRM berhubung Kecurian pasir yang melibatkan jataan ringgit serta duit bantuan kerajaan pusat untuk selangor hanya digunakan 40% sahaja yang selebihnya di simpan untuk apa?


Penduduk di jeram sg buluh itu tertanya-tanya status bantuan disediakan kerajaan negeri termasuk Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang didakwa sehingga kini sudah ‘tiada’ untuk mereka sedangkan seperti pm jelaskan tadi hasil hasil kutipan diatas tadi dimana duit itu disalurkan kalau bukan pada golongan miskin,duit sumber kerajaan negeri tu belum dicampur hasil penjualan aset seperti penjualan tanah yayasan selangor dan sebagainya.

Penduduk, Hok Peng, 42, berkata, kebanyakan penduduk miskin beranggapan mereka seolah-olah diabaikan selepas PR menang kali kedua dan bantuan kerajaan negeri juga tak seperti dahulu.

“Bukan mahu menuduh tetapi bila kita tanya status bantuan, mereka suruh jumpa orang DAP sedangkan kawasan ini dijaga pusat khidmat kerana semua peruntukan kerajaan negeri disalurkan di situ.
“Memang nampak beza sekarang sebab saya lihat nak minta sokongan untuk bantuan pun cukup susah.

“Bila penduduk mengadu, mereka kata kita banyak bising sedangkan kita mahu dapatkan bantuan sebab mereka sudah janji sebelum ini,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Seorang lagi, Lau Cin Kai, 80, berkata, penduduk merungut apabila bantuan dahulunya sering diberikan kepada penduduk menjelang musim perayaan sudah tidak seperti dulu.

“Orang miskin ramai di kawasan ini dan mereka sangat susah nak mohon apa-apa. Bila saya dengar ada orang dapat pergi Jom Shopping dua kali menyebabkan saya tertanya-tanya.

“Mereka tak periksa nama siapa yang sudah pergi ke tidak sebelum ini? Sebab kebanyakan warga emas di sini masih ada belum pergi walaupun sudah mohon lebih lima tahun.

“Sepatutnya pihak berkenaan periksa betul-betul siapa yang belum pergi sebab itu menimbulkan prasangka penduduk lebih-lebih yang menunggu terlalu lama untuk terima baucar RM100 itu,” katanya.

Bagi Kin Tin Cheng, 57, dia juga terkilan apabila nasib penduduk seolah-olah diketepikan sebab masih ramai rakyat memerlukan bantuan atau tanda ingatan seperti hamper ketika musim perayaan.

“Dulu sebelum menang, macam-macam mereka beri untuk ambil hati kita tetapi bila dah masuk penggal kedua, seorang pun tak datang ke rumah melihat nasib penduduk yang kurang upaya (OKU) atau warga emas yang sakit,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Phua Kim Seng, 54, berkata, dia pun hairan bila bantuan baucar kelengkapan sekolah untuk anaknya yang OKU juga tak diterima sedangkan dalam berita, baucar sudah diedarkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan