Jumaat, 27 Disember 2013

Asmaelz Hadzeny II dipercayai hasut guling kerajaan bakal direman - Polis

Polis petang ini akan memohon perintah reman terhadap pemilik akaun Facebook yang beroperasi dengan nama Asmaelz Hadzeny II bagi membantu siasatan berkaitan cubaan menghasut orang ramai menyertai perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan pada 31 Disember.
Jurucakap Polis Bukit Aman berkata, siasatan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.
Lelaki berusia 25 tahun itu yang diburu polis sejak minggu lepas, dibawa ke Kuala Lumpur pagi ini setelah dia ditahan pada 11 pagi semalam di Saratok, Sarawak.
"Dia dijangka dibawa ke Kompleks Mahkamah, Jalan Duta kira-kira 2 petang ini,” 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan