Selasa, 26 November 2013

USUL PEMBANGKANG DI TOLAK BERHUBUNG ISU INTIPAN NEGARA LUAR

Kerajaan mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam mengurus takbir Negara selama ini jadi tak perlulah kita risau tindakan yang diambil oleh Kerajaan dalam isu ini,seperti yang kita sedia maklum  difahamkan Kementerian Luar sedang mengemukakan nota bantahan dan memanggil Duta Besar AS dan Pesuruhjaya Tinggi Singapura untuk penjelasan lanjut dan kita tunggulah jawapan dari negara terbabit,bak kata pepatah menarik rambut dalam tepung,rambut tak putus ,tepong tak berselerak.

Isu intipan Negara ,ini memang hangat di perkatakan oleh pentaksub Pembangkang termasuk pemimpin mereka sendiri, jadi PM rasa tak hairan langsung dengan perbuatan mereka ini yang sengaja membesar besarkan isu ini kerana sebenarnya bukannya menampakkan kebijaksanaan Pembangkang akan tetapi yang kelihatan kelemahan pembangkang dalam melaksanakan serta mentakbir Negara sekiranya diberikan peluang memerintah kelak


Sebelum kita hendak menghentam orang patutkah kita tidak meminta penjelasan dari orang yang hendak kita hentam itu?apa akan jadi jika perkara yang kita hentam itu sebenarnya hanya sebuah cerita kosong?mahu kah kita melihat Negara luar itu berdendam dengan kita kerana membuat teguran keras,bagi PM lah boleh kita membuat sebarang bantahan keras sekiranya kita dah bersemuka dan terima penjelasan dari pihak mereka dan sekiranya perkara ini sudah dibuktikan maka tindakan baru boleh diambil
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini menolak usul yang dibawa Shamsul Iskandar Mohd Akin (PKR-Bukit Katil) bagi mengecam Amerika Syarikat (AS), Australia dan Singapura berhubung dakwaan pengintipan terhadap Malaysia yang boleh menjejaskan negara. 

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata usul itu ditolak kerana beliau difahamkan Kementerian Luar sedang mengemukakan nota bantahan dan memanggil Duta Besar AS dan Pesuruhjaya Tinggi Singapura untuk penjelasan lanjut.  
"Tindakan sudah dibuat, dengan itu perkara ini tidak perlu disegerakan, saya menolak usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1)," katanya selepas selesai sesi soal jawab pada Persidangan Dewan Rakyat di sini. 
Keputusan Pandikar Amin itu bagaimanapun sukar diterima beberapa anggota pembangkang dan meminta Yang Dipertua memberi penjelasan lanjut mengenai perkembangan terkini isu itu. 

"Nota bantahan diberikan dan kedutaan sudah berikan nota itu kepada kerajaan mereka dan apakah jawapan kerajaan mereka, kalau sekadar beri nota bantahan dan mereka terima tetapi pengintipan terus dilakukan, tiada permohonan maaf, itu mencabul kedaulatan negara kita," kata Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena). 

Tian Chua (PKR-Batu) turut bangkit dan meminta Pandikar Amin agar mempertimbangkan keputusan beliau kerana sekiranya ia tidak dibahaskan, Dewan dilihat sebagai gagal memberi desakan kepada negara-negara berkenaan. 

Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) pula mahu pembangkang menerima keputusan Yang Dipertua kerana ia muktamad dan tidak perlu dirunding lagi. 
Perbalahan itu kemudian dileraikan apabila Pandikar Amin berkata walaupun beliau menolak usul itu, tidak bermakna ia tidak mustahak dan meminta supaya pihak kerajaan harus mengambil perhatian serius terhadap isu intipan itu. 

"Ahli Yang Berhormat harus sedar, bila saya buat keputusan, ia muktamad mengikut Peraturan Mesyuarat, bila saya benarkan usul itu dibaca di dalam majlis, lepas itu saya tolak, itu bermakna kerajaan harus ambil perhatian serius," katanya.
Kita sebagai Negara yang kecil perlulah bijak menangani perkara ini perkara utama yang patut kita fikirkan ialaah mencari kaedah serta cara agar maklumat kita tidak dapat di intip atau bocor pada negara luar dan meningkatkan keselamatan rahsia Kerajaan 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan