Ahad, 3 November 2013

Kos perkhidmatan kesihatan tidak meningkat dengan GST

MELAKA - Kos perkhidmatan kesihatan di negara ini tidak akan meningkat dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 1 April 2015, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
Beliau berkata, ini kerana menerusi GST, kesihatan merupakan antara perkhidmatan dikecualikan cukai dan meminta mana-mana pihak tidak membuat spekulasi tentang peningkatan kos perkhidmatan kesihatan di negara ini yang boleh mengelirukan orang ramai.
Justeru katanya, kementerian akan meneliti dan seterusnya mengeluarkan
senarai terperinci jenis perkhidmatan kesihatan dikecualikan GST untuk maklumat orang ramai apabila sistem cukai itu dilaksanakan kelak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan