GEORGETOWN: Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) sudah menjangkakan tindakan PAS negeri yang mahu melepaskan semua jawatannya dalam Kerajaan negeri pimpinan DAP sekiranya tuntutan parti terbabit tidak dilayan dan dipinggirkan dalam pentadbiran negeri.
Presidennya, Rahmad Isahak, berkata PAS sememangnya sudah menjadi boneka dalam pakatan pembangkang di negeri ini sekian lama hinggakan tiada satu suara pun yang diberikan dalam pentabiran kepada parti yang perjuangkan Islam.
“Sebagai bekas ahli DAP, saya berpendapat PAS wajar memikirkan masa depan Islam dari memikirkan kerjasama yang banyak merugikan orang Islam dan Melayu,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan