Rabu, 20 November 2013

Baitulmaqdis jadi ibu negara Israel, Palestin

RAMALLAH – PALESTIN. Perancis mahu mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan Palestin.
Menurut Reuters, Presiden Perancis Francois Hollande membuat kenyataan itu ketika berucap di Parlimen Tel Aviv, semalam.
Media tempatan melaporkan, beliau juga meminta Israel supaya menghentikan pembinaan penempatan haram Yahudi di wilayah yang diduduki Palestin dengan menyifatkan tindakan itu menghalang peluang perjanjian damai dengan Palestin.
“Perdamaian antara Palestin dan Israel dapat dicapai sekiranya Israel dan Palestin berkongsi ibu negara iaitu Baitulmaqdis. Tindakan ini dilakukan demi keamanan sejagat,” katanya.
Bagaimanapun, media menyifatkan, tindakan beliau itu adalah satu sokongan pemilikan ke atas wilayah yang diduduki oleh rejim Zionis walaupun ia tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.
Sementara itu, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu menyambut baik cadangan tersebut dan berhasrat mengemukakannya kepada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas. – SH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan