Sabtu, 9 November 2013

AWAS SATU CARA BARU HANTAR MESEJ JAHAT GUNA NOMBOR ANDA OLEH PENTAKSUB PAKATAN WAJIB BACA

Semalam admin anda ternampak seorang pentaksub pas iaitu king jason yang cuba menabur fitnah terhadap Umno dengan mengambil gambar ini di goagle hasil dari gambar edit kerana  kualiti gambar juga memang teruk malah boleh dikatakan kamera tel zaman dulu pun lagi cantik kalau buat untuk menangkap gambar tapi harus diingat ada lagi satu cara yang agak canggih sedikit malah amat berbahaya jika disalah guna,jom kita lihat apakah bahaya dan bagaimana ia disalah gunakan.

Aplikasi Tiger Text yang direka khas untuk tujuan keselamatan dan kerahsiaan maklumat  pengguna android atau telefon pintar jenama Apple kini dilihat mampu memberi implikasi negatif apabila ia dikesan boleh digunakan untuk tujuan penipuan.


Apa tidaknya dengan bayaran serendah RM5,  pengguna boleh memuat turun aplikasi tersebut  dan ianya boleh digunakan untuk menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS)  menggunakan nombor serta identiti orang lain.

Ini bermakna si penerima akan menerima SMS bukan dari nombor penghantar asalnya dan lazimnya setiap SMS yang dihantar boleh ditetapkan tempoh masanya sebelum ia hilang dari skrin telefon bimbit.

Malah penerima juga tidak boleh mengirimkan pesanan yang diterima kepada pihak ketiga. Hasil carian melalui Wikipedia, aplikasi ini dibangunkan oleh Syarikat Brad Brooks yang berpangkalan di Santa Monica, California, pada 2010.

Dua individu penting terbabit dalam idea asal penciptaan aplikasi ini terdiri daripada pengasasnya Andrew Brooks MD dan Jeffrey Evans.

Pada Februari 2012, Tiger Text memperoleh  pembiayaan berjumlah  USD8 juta oleh Easton Modal dan Sains New Ventures menjadikan jumlah sokongan syarikat  itu melonjak kepada USD10 juta.
Menakjubkan dalam tempoh tiga tahun aplikasi ini direkodkan sebagai antara 18 aplikasi popular bagi pengguna jenama Apple di seluruh dunia.

Penolong Pengarah Siasatan Jenayah Siber & Multimedia  (JSJK) Bukit Aman, Asisten Komisioner Mohd Kamarudin Md Din ketika dihubungi, tidak menolak  kemungkinan aplikasi itu boleh digunakan untuk menyebarkan khabar angin.

“Perkembangan aplikasi jenis ini masih dipantau kerana boleh dijadikan medium penipuan melibatkan jenayah siber,” katanya.

Menurutnya, setakat ini tiada laporan khusus diterima melalui penyalahgunaan aplikasi itu namun orang ramai perlu berhati-hati.

Sementara itu, Ketua Jabatan Komunikasi dan Strategik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Sheikh Raffie Abdul Rahman berkata, dari Januari sehingga Oktober lalu, Jabatan Penguatkuasaan dan Siasatan (JPS) SKMM menerima 268 aduan yang disiasat di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Daripada aduan diterima, 108 aduan adalah laporan yang dirujuk kepada JPS. Jenis aduan dirujuk oleh PDRM ialah kandungan palsu 35 peratus, sumbang (23 peratus), mengancam (14 peratus), jelik (15 peratus), lucah (10 peratus) dan lain-lain yang bukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (11 peratus),” katanya.

Beliau berkata, aduan yang paling banyak diterima SKMM ialah berhubung akaun palsu atau penyamaran, termasuk penyalahgunaan maklumat dan data peribadi, penyebaran fahaman atau ajaran sesat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan