Selasa, 1 Oktober 2013

ROS BAKAL ARAHKAN D.A.P ADAKAN PEMILIHAN C.E.C SEMULA !!!! ( PEMILIHAN CEC D.A.P DIBATALKAN )

Pada sesi pemilihan Ahli Jawatankuasa Pusat (CEC) parti DAP semalam, seorang ahli yang telah dipecat daripada parti itu dibenarkan mengundi.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai Jenice Lee hadir dalam pemilihan semalam kononnya sebagai pemerhati tetapi sebenarnya beliau dibenarkan mengundi. Apakah sandiwara yang cuba dimainkan oleh DAP ini?


Mengikut rekod, beliau telah dipecat oleh Pengerusi DAP Karpal Singh pada 22 April lepas kerana membantah perletakan calon DUN Teratai yang baru dan bukan dirinya.

Wanita ini yang pada sekitar bulan Jun seperti marah benar dengan DAP sehingga bakal membawa DAP ke mahkamah ekoran membantah keputusan pemecatannya yang disifatkan tidak sah dibuat oleh Karpal.

Dalam laporan akhbar The Star bertarikh 1 Jun lepas, Jenice berkata beliau akan memohon satu deklarasi bahawa pemecatannya dari DAP adalah tidak sah selepas beliau tidak dimaklumkan melalui prosedur yang betul.

“Saya tidak dibenarkan menghadiri apa-apa majlis berkaitan parti atau mesyuarat, prosedur yang betul ialah pengurusan DAP memberikan kepada saya surat pemecatan dan ini tidak adil bagi saya,” katanya yang menganggap dirinya masih ahli seumur hidup DAP.

Parti itu sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 lalu mengeluarkan amaran sesiapa ahli DAP yang bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya itu bakal dipecat dari parti dan mereka diberikan 14 hari untuk mengemukakan rayuan. Bagaimanapun Jenice tidak merayu.

Dengan tiada sebarang pengumuman kemasukan semula Jenice ke dalam DAP, jadi apakah taraf keahlian Jenice di dalam DAP sekarang? Adakah Jenice ialah seorang pengundi hantu pada pemilihan CEC DAP semalam?

Atau Jenice Lee sengaja mensensasikan isu pemilihan CEC Dap sebelum ni bagi mengaburi mata semua pihak ??
CEC DAP tipu lagi? Ahli dipecat tapi boleh mengundi?


 
DAP didesak supaya memberikan penjelasan kepada rakyat tentang status bekas ADUN Teratai Jenice Lee yang dahulunya dipecat dari DAP ekoran bertanding sebagai calon bebas dalam PRU 13.

Setelah dipecat Jenice Lee berkempen untuk memastikan DAP bersih dari saka-saka Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Tan Kok Wai. Hasil kempen Jenice, tokong Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang telah merudum undi-undi mereka dalam pemilihan semula CEC DAP

Keratan akhbar Sinar Harian 22 April 2013. 

Persoalannya... 

Bagaimana seorang yang telah dipecat dari parti kerana bertanding sebagai calon bebas dahulu boleh mengundi sebagai ahli parti?  

Adakah Jenice Lee masih ahli DAP?
Adakah pemecatannya dahulu tidak sah?
Boleh pulak dia mengundi?
Apakah wayang sandiwara yang cuba dimainkan DAP kali ni? 

Rakan blogger MYMASSA memberikan penjelasan panjang lebar mengenai persoalan mengapa bekas ADUN Teratai, Janice Lee yang dipecat dari parti akibat bertanding sebagai calon bebas, boleh mengundi semula pada pemilihan CEC DAP kali ini ?

Ada pendapat mengatakan bahawa pemecatan bekas ADUN Teratai pada 22 April 2013 sebagai tidak sah memandangkan pemilihan CEC yang berlangsung pada Disember 2012 juga telah terbatal setelah DAP sendiri tidak mengikut Undang-undang Tubuh parti itu.

Dari aspek teknikal, memang benar Janice Lee masih lagi menjadi ahli DAP dan layak mengundi setelah diberi peluang.

Bagaimana pula dari sudut Undang-undang Tubuh DAP, Perlembagaan DAP ...



Bekas ADUN Teratai Jenice Lee Ying Ha hari ini telah memfailkan saman terhadap DAP di atas pemecatan beliau dari parti. Lee, 33, yang memfailkan saman melalui Tetuan Harjit Sandhu di Mahkamah Tinggi Sivil, telah menamakan Setiausaha Agung Lim Guan Eng sebagai defendan.

SUMBER : MALAYSIA-CHRONICLE





Perlucutan keahlian

Seseorang ahli yang telah dikenakan apa-apa tindakan yang diambil menurut Fasal Kecil 13(a) di atas tidak boleh membawa tindakan dalam mana mana Mahkamah:
i. Untuk menentukan kesahan dari segi undangundang atau soal kewajaran tindakan atau keputusan yang diambil oleh Jawatankuasa Tertinggi Pusat atau Jawatankuasa Kecil Khas.
ii. Terhadap Parti atau terhadap Jawatankuasa Tertinggi Pusat atau Jawatankuasa Kecil Khas atau seseorang ahli jawatankuasa-jawatankuasa di atas atas sebab apa-apa tindakan yang berbangkit dari perbicaraan yang dijalankan di bawah Peraturan ini.


(d) Seseorang ahli: 

i. Yang merupakan serta didapati atau diisytihar sebagai orang tidak siuman; atau
ii. Yang diisytihar muflis; atau
iii. Yang disabit kesalahan yang melibatkan unsur-unsur ketidakjujuran atau keburukan moral oleh mana-mana Mahkamah; atau

iv. Yang memulakan prosiding di mana-mana Mahkamah atas apa jua perkara berhubung Parti tanpa terlebih dahulu menghausi segala saluran-saluran yang sedia ada dalam Parti; 


akan berhenti menjadi ahli Parti dengan serta-merta.


Tindakan bekas ADUN Teratai Jenice Lee yang mengheret DAP [ jika sekalipun pemecatan beliau tidak sah dan masih bergelar ahli DAP ] dalam mana-mana prosiding mahkamah, atas apa-apa jua perkara berhubung dengan Parti [ DAP ] ... Sekaligus menyebabkan beliau BUKAN LAGI AHLI DAP YANG SAH. 

Jadi dari sudut Perlembagaan DAP itu sendiri, Jenice Lee bukan lagi ahli DAP pada 5 Jun 2013.

Dakwaan bahawa bekas ADUN Teratai ini adalah PENGUNDI HANTU mempunyai merit yang besar dari sudut Perlembagaan DAP itu sendiri.

Maka, pemilihan CEC DAP yang berlangsung semalam adalah TERBATAL dengan sendirinya berdasarkan KECUAIAN DAP memberi izin kepada BEKAS AHLI untuk mengundi.

ROS mempunyai MERIT untuk mengarahkan PEMILIHAN SEMULA DILAKUKAN ...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan