Jumaat, 4 Oktober 2013

REMAJA DISYAKI PENJENAYAH CEDERA DITEMBAK POLIS DIBAHU

SUNGAI PETANI - Seorang remaja berusia 18 tahun yang disyaki penjenayah cedera ditembak polis dalam kejadian di Taman Keladi di sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.45 malam itu, suspek berusia 18 tahun cedera di bahu ketika cuba melarikan diri selepas diarahkan menyerah diri.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Ariffin berkata, kejadian berlaku apabila anggota polis yang melakukan rondaan terserempak sebuah kenderaan dinaiki tiga lelaki dalam keadaan mencurigakan di Taman Sejati Indah.
Katanya, anggota polis terbabit kemudiannya membuat semakan status kenderaan dan mendapati kereta tersebut pernah digunakan untuk melakukan samun dan rompakan bersenjata.
"Suspek diminta memberhentikan kenderaan, namun mereka tidak berbuat demikian, sebaliknya terus memecut laju.
"Polis terpaksa mengejar kenderaan tersebut sejauh dua kilometer hingga ke Taman Keladi. Dalam keadaan kelam-kabut itu, polis melepaskan tembakan dan mengenai bahu kanan salah seorang suspek," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - KOSMO!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan