Sabtu, 12 Oktober 2013

MURID TAHUN ENAM MAUT GARA GARA MEMASANG JERAT AYAM DAN AKHIRNYA TERJERAT LEHERNYA SENDIRI !!!

KUALA KRAI: Tindakan seorang murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Bedal, di sini, memasang jerat ayam menggunakan kabel komputer bertukar tragedi apabila dia mati akibat lehernya terjerut, kira-kira 9.15 pagi ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Nuruddin Wahab berkata, Muhamad Idham Yusuf, 12, ditemui mati tergantung pada alang bumbung bahagian dapur rumah mereka di Kampung Bedal di sini oleh kakaknya. 
"Pihak polis menerima panggilan kecemasan pada 10 pagi dan mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut, " katanya.

Sementara itu, kakak mangsa Nor Amira Idayu, 15, ketika ditemui di rumah
keluarga itu berkata, adiknya mempelajari teknik memasang jerat ayam sejak
seminggu lalu dan mahu mencuba kemahiran itu dengan memasang kabel pada kayu
alang rumah mereka.

"Adik guna bangku untuk pasang kabel pada kayu alang rumah. Sebelum itu,
saya tengok dia berada di luar rumah lepas itu dia masuk...tidak lama kemudian,
bila saya masuk ke dapur, saya nampak dia sudah tergantung dengan kerusi kayu
berada di tepinya," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan