Ahad, 20 Oktober 2013

MUKRIZ TERIMA KEKALAHAN DENGAN HATI TERBUKA

Calon Naib Presiden, Datuk Mukhriz Tun Mahathir menerima kekalahannya dalam merebut jawatan itu dalam Pemilihan UMNO 2013 sebentar tadi dengan hati terbuka.
Namun, beliau yang juga Menteri Besar Kedah gembira apabila menerima sokongan perwakilan melalui undi popular sebanyak 55,290 berbanding saingan terdekatnya Naib Presiden baharu, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein dengan 54,829.
'Walaupun saya masuk gelanggang (pemilihan) agak lewat saya gembira dengan undian yang diraih ini kerana percalonan saya dilihat untuk memperimbang pemilihan sebelum ini,' tambahnya kepada pemberita ketika di temui di Pusat Dagangan Dunia Putra.

MENANG KALAH ADAT PERTANDINGAN YANG PASTI PERJUANGAN HARUS DITERUSKAN DEMI MEMERTABAT UMNO DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan