Jumaat, 6 September 2013

PENIAGA AYAM CHOWKIT KAUT KEUNTUNGAN DENGAN MENAIKKAN HARGA AYAM


Para peniaga ayam di Pasar Chow Kit di sini, didapati telah menaikkan harga jualan ayam antara 30 sen hingga 90 sen sejak Selasa lalu dengan mendakwa kenaikan itu terpaksa dilakukan ekoran kos penghantaran yang meningkat.

harga ayam proses telah dinaikkan dari RM7.50 ke RM7.80 sekilogram manakala harga ayam segar pula meningkat dari RM7.70 ke RM8.60 sekilogram.
Rata-rata peniaga yang ditemui memberitahu, mereka terpaksa menaikkan harga jualan ayam tersebut berikutan kos penghantaran ayam yang meningkat antara RM1 hingga RM2 bagi setiap trip.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan