Jumaat, 13 September 2013

PAKATAN PEMBANGKANG JELAS SELEWENG FAKTA ASAS KENAIKAN HARGA MINYAK

Serangan bertubi tubi telah dilncarkan oleh Pakatan Pembangkang dengan tuduhan tuduhan yang melampau amat kita kesali,banyak tuduhan yang menuduh kerajaan zalim dan tidak prihatin terhadap masalah Rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah
Yang Admin paling sedih mengapa begitu mudah Pakatan Pembangkang menipu penyokong nya, akibat taksub ada suara suara sumbang yang berkata ''Najib tidak pernah ambil tahu masaalah rakyat''yang kaya bertambah kaya yang miskin bertambah miskin walhal yang bercakap pada Pendekar itu seorang kakitangan kerajaan yang menerima pelbagai insentif dan bonus,
  • Seperti biasa pembangkang hanya bercerita setengah fakta sahaja tetapi setengah lagi fakta yang lebih penting yang perlu diketahui oleh rakyat disorokkan.
  • Tujuannya ialah mengapi-apikan kemarahan rakyat supaya kerajaan dapat ditumbangkan.Itu sahaja tujuan utama pembangkang dengan berbuat demikian iaitu untuk mendapatkan kuasa politik.

Maklumat yang seimbang dan menyeluruh amat penting bagi memberi pemahaman rakyat supaya mereka dapat menyedari logik segala keputusan kerajaan berhubung dengan keadaan ekonomi negara.
Jika rakyat sudah memahami mereka juga akan turut memberi sokongan dan membuat penyesuaian kepada perubahan iklim ekonomi negara yang berkait langsung dengan suasana ekonomi global.
  • Antara modal pembangkang untuk menghentam kerajaan ialah tindakan agensi penarafan antarabangsa, Fitch, yang menurun tarafkan unjuran mengenai Malaysia daripada stabil kepada negatif.
  • Dalam erti kata lain, agensi tersebut menganggap usaha Malaysia mengurus serta menangani masalah bebanan hutangnya masih belum mencukupi.Ini yang dimaksudkan dengan istilah ‘budgetary reforms’ dan ‘fiscal consolidation’
  • Susulan daripada itu, dalam bulan Ogos lalu, pasaran saham melihat pengaliran keluar pelaburan oleh pelabur asing daripada pasaran bon kerajaan dan juga saham.Pasaran bon menunjukkan pengaliran keluar pelaburan sebanyak RM12 bilion sementara saham pula RM3 bilion ke RM4 bilion.
  • Kesan kepada fenomena ialah kelemahan kepada kedudukan matawang Ringgit yang jatuh pada tahap terendah sejak tahun 2010.
  • Kali terakhir pengaliran keluar pelaburan sebesar ini daripada pasaran bon dan saham ialah ketika berlakunya krisis subprima di Amerika Syarikat pada 2009.
  • Ini adalah fakta yang tidak boleh disanggah tetapi pada masa yang sama rakyat tidak perlu panik kerana ini adalah kitaran biasa pada sistem ekonomi mana-mana negara di dalam dunia.
  • Jika rakyat masih ingat, keadaan ekonomi negara jauh lebih parah dan tertekan semasa krisis kewangan Asia yang disebabkan oleh serangan terhadap Ringgit dan juga matawang negara-negara rantau ini.
  • Pada ketika itu kerajaan mampu mengharungi badai krisis ekonomi yang hampir membankrapkan negara-negara jiran tetapi berkat ketokohan dan kecekapan pemimpin negara, kestabilkan ekonomi Malaysia mampu dipertahan malah diperkukuhkan melalui beberapa langkah drastik.
  • Apa yang disembunyikan oleh pembangkang adalah tatkala negara terkesan daripada pengaliran keluar modal asing, negara-negara lain juga mengalami keadaan yang sama.
  • Filipina, Indonesia dan India menghadapi pengaliran keluar pelaburan asing yang besar sejak beberapa minggu lalu.
  • Malah masalah India lebih besar dan kritikal sehingga nilai matawang Rupee berbanding Dolar Amerika mengalami kejatuhan paling teruk dalam sejarah negara itu!.Ini kerana kebanyakan pelabur asing mempunyai ‘herd mentality’ iaitu apabila terjadi suasana ketidakyakinan terhadap satu negara Asia, negara-negara lain di Asia termasuk Malaysia dirangkumi sekali dalam penilaian mereka.
  • Kemelut kemungkinan terjadi serangan tentera Amerika ke atas Syria juga menyumbang kepada suasa ketidaktentuan di kalangan pelabur asing.Mereka kini lebih yakin untuk membuat pelaburan dalam emas dan juga bon Amerika.Pelabur adalah seperti sekumpulan ternakan lembu atau biri-biri yang bergerak secara berkumpulan dan bukannya bersendirian.
  • Hakikatnya Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan hasil yang melimpah ruah dari emas, bijih timah, bijih besi hingga kepada kesuburan tanah yang menghasilkan tanaman getah, kelapa sawit, koko dan sebagainya di samping keluasan dan khazanah maritim yang begitu besar.
  • Kekuatan semulajadi Malaysia inilah disamping mempunyai pentadbiran kerajaan yang efisien dan mampu membangunkan ekonomi negara dengan dasar dan program yang dinamik dan berdaya saing meletakkan negara pada tahap yang diyakini dunia.
  • Apa yang berlaku sekarang ialah kesan krisis ekonomi luar yang terpaksa juga ditanggung bersama kerana Malaysia mengamalkan dasar pasaran terbuka atau ‘free market economy’.

Langkah menaikkan harga minyak dengan tujuan untuk mengurangkan subsidi dan menjimatkan perbelanjaan kerajaan adalah tindakan mengurus ekonomi secara berhemah dan dapat menjimatkan berpuluh bilion setahun dan wang itu sewajarnya disalurkan kepada kumpulan sasar iaitu golongan yang benar benar patut dibantu kerajaan bukannya kepada semua orang dan paling merugikan ialah hasil minyak kita diseludup keluar Negara.
Pada hakikatnya yang pendekar nak katakan hasil reasearch yang Admin buat seperti kenyataan kenyataan diatas yang sebenarnya mereka pun dah tahu harga minyak akan naik sebelum diumum kerajaan seperti keratan diatas tapi apakan daya mereka ini uba menangguk di air yang keruh dengan memfitnah Kerajaan dengan tuduhan tuduhan liar sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan