Selasa, 17 September 2013

NOH OMAR :PAKATAN PEMBANGKANG SELANGOR MENGABAIKAN PENDUDUK PROJEK PERUMAHAN RAKYAT TERMISKIN (PPRT)

Gambar ketika Majlis Tahlil, Bacaan Yassin dan Doa Selamat di Surau Al Firdausi PPR Lembah Subang
Merujuk masalah yang dihadapi lebih 10,000 penduduk PPRT Lembah Subang dekat sini,  Kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang di Selangor disifatkan gagal membela nasib rakyat apabila didakwa mengabaikan penduduk Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di negeri ini.
  • Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor (MTPNS), Datuk Seri Noh Omar berkata, penduduk di kawasan itu terpaksa melalui kehidupan yang sukar akibat kelemahan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menguruskan kerja-kerja penyelenggaraan kemudahan sedia ada.
  • Berdasarkan tinjauan di PPRT berkenaan, pihaknya mendapati perumahan setinggi 16 tingkat tersebut berada dalam keadaan cukup daif selain kemudahan seperti lif serta lampu-lampu jalan yang rosak dan tidak diperbaiki sehingga kini.
  • Penduduk merungut kerana kerajaan negeri tidak membela nasib mereka. Selain gelap, lifnya juga tidak berfungsi malah mendedahkan penduduk dengan risiko kemalangan.
  • Bagi menyelesaikan masalah itu, Kerajaan Pusat telah menyalurkan peruntukan RM1.3 juta baru-baru ini untuk membaiki semula lampu jalan yang rosak di PPRT berkenaan selain tambahan RM300,000 untuk pembaikan lif melibatkan tiga blok iaitu A, B dan C dengan kerja-kerja pembaikan tersebut akan dilaksanakan oleh MBPJ
  • Noh yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor juga mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang dikatakan menaikkan kadar sewa PPRT berkenaan sebanyak RM250 sebulan sedangkan semasa pentadbiran negeri di bawah Barisan Nasional (BN) sebelum ini kadar sewa yang dikenakan hanya RM124 sebulan.Jika sewa dinaikkan, mengapa kemudahan di PPRT ini tidak berada dalam keadaan baik. Keadaan ini jelas menunjukkan penduduk tidak dibela dengan sewajarnya
  • Turut mempertikaikan peranan Ahli Majlis yang dilantik di kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu yang dikatakan mempolitikkan pengurusan PPRT tersebut apabila meletakkan individu tertentu sebagai wakil penduduk., wakil yang dipilih sendiri oleh penduduk dan sepatutnya menguruskan hal ehwal perumahan dan masyarakat di situ, tidak diiktiraf pula oleh pihak berkenaan.
Sehubungan itu, DS Noh mengatakan, penubuhan Pemanis adalah tepat pada waktunya bagi menjadi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bebas bersuara membela nasib rakyat di negeri ini.

"Anggota Pemanis mempunyai pengalaman dalam masalah membabitkan isu-isu pihak berkuasa tempatan kerana mereka pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis ketika pemerintahan BN di Selangor sebelum ini," katanya.


Beliau berkata demikian selepas menghadiri sambutan Hari Malaysia dan merasmikan pejabat UMNO Saujana Utama dan perasmian Persatuan Bekas-bekas Ahli Majlis PBT UMNO Selangor (Pemanis), di sini hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan