Khamis, 26 September 2013

KUMPULAN GANGSTER CINA UGUT PEGAWAI PENGUATKUASA KPDNKK MENGGUNAKAN PEDANG SAMURAI

13 pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan,diugut oleh gangster Cina bersenjata tajam setelah berjaya memberkas 7 suspek  terbabit dalam pengedaran DVD cetak rompak dan lucah di Bandar Mahkota Cheras,  Cheras Kuala Lumpur.

"Operasi diketuai oleh Mat Jidin Hassan. Berbekalkan maklumat hasil intipan rapi, pada jam 2.30 petang,  pasukan KPDNKK bertugas menyerbu sebuah rumah teres. Pada awalnya penghuni rumah berdegil, enggan membuka pintu tetapi setelah dimaklumkan kunci akan dipotong, akhirnya mereka membenarkan pegawai penguatkuasa masuk ke rumah. Suspek berusia di antara 16 dan 46 tahun ditahan untuk siasatan," ujar Ketua Pasukan Petugas Khas Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK Putrajaya, Fahmi Kasim.

Tambah Fahmi, semua suspek dipercayai menjual DVD terbabit di sekitar Kajang dan Semenyih. Selain dijadikan stor, rumah sama berfungsi sebagai premis pembungkusan DVD diedar menggunakan empat kereta. 

Mengejutkan, pada kira-kira jam 4.30 petang, 6 lelaki Cina dipercayai kumpulan gangster datang ke rumah  terbabit menggunakan 3 kereta dan sebuah motosikal. Mereka dilihat bersenjatakan pedang samurai, parang, pisau, rotan dan besi panjang.

"Gangster itu menuntut pasukan penguatkuasa KPDNKK untuk menyerahkan 6 daripada suspek ditahan di dalam rumah. Sebilangan pegawai kami bersenjata api tetapi bertujuan mengelakkan pertumpahan darah,  individu dituntut kemudian diserahkan kepada kumpulan bersenjata tajam itu. Namun berkebetulan sewaktu mereka hendak beredar, polis peronda tiba di lokasi sama," ujar Fahmi.

Sewaktu cuba memboloskan diri, sebuah  daripada kenderaan dinaiki oleh kumpulan gangster dan suspek terlanggar kereta orang awam dan juga kenderaan milik KPDNKK.

"Polis kemudian menahan 2 daripada gangster dan 2 suspek cuba melarikan diri. Hampir 7,000 DVD cetak rompak dan lucah dirampas. Dua suspek ditahan awal akan didakwa mengikut Akta Hak Cipta Terpelihara 1987," jelas Fahmi lagi.

Laporan polis telah dibuat berhubung kejadian itu.

"Jika di Lembah Klang, inilah kali pertama kejadian seumpama itu berlaku," ujar Fahmi sebelum ini pernah berkhidmat di Pulau Pinang.

Saya percaya, kejayaan memberkas dua gangster itu bakal memudahkan pihak polis melaksanakan Ops Cantas Khas  secara  lebih serius khususnya di sekitar Cheras.

Petang semalam, saya menerima beberapa keping gambar dihantar oleh pembaca blog ini. Terima kasih kerana sudi berkongsi informasi dan berani merakamkan gambar secara terbuka. 

Oleh itu, saya menyarankan  penguatkuasa KPDNKK  Selangor JIKA mempunyai waktu terluang, sila ke lokasi di hadapan 7-Eleven Bandar Baru Sungai Buloh. Penjual DVD cetak rompak, remaja berbaju merah di bawah bukan sahaja gah berniaga DVD cetak rompak tetapi turut menggunakan petak parkir awam.

Spontan terlintas di akal logik saya, gangster manakah pula melindungi busines haram ini?


Menurut pengadu, gerai itu mula beroperasi seawal jam 5 petang SETIAP HARI.  

"Kami berasa amat hairan, bagaimanakah peniaga Cina terbabit sungguh berani berniaga tanpa lesen di kawasan majoriti dihuni oleh masyarakat Melayu. Jika didekati, penjual DVD cetak rompak itu selamba akan menghulurkan kad busines, mempelawa pemuda Melayu untuk bekerja dengan bos besarnya," ujar penduduk.

Beberapa kanak-kanak Melayu juga dirakamkan oleh pengadu, mundar-mandir dan tertarik dengan 'pameran terbuka'  DVD cetak rompak di lokasi sama. 

Bukti dakwaan itu disertakan di bawah.


Beginilah realitinya. 

Luka kelak bernanah dan kemudian busuk jika dibiarkan begitu sahaja.  Saya percaya pegawai dan anggota polis di Sungai Buloh sibuk menjalankan Ops Cantas Khas. Pada masa sama, cubalah jeling-jeling kegiatan itu. Manalah tahu, dengan izin Allah,  peniaga haram itu mungkin berasa segan dan kemudian tidak lagi menyeringaikan taringnya.

Orang awam tidak diperuntukkan kuasa untuk menangkap mereka.
baca sumber ini seterusnya Mazidul Akmal

Tiada ulasan:

Catat Ulasan