Isnin, 16 September 2013

JEMAAH HAJI MALAYSIA MENINGGAL DUNIA DI MADINAH

SEMOGA ROHNYA DITEMPTKAN DIKALANGAN ORANG ORANG YANG BERIMAN-AL FATEHAH
MAKKAH -Seorang jemaah haji Malaysia,meninggal dunia akibat masalah jantung di Madinah pagi semalam dan menurut Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, 
''jenazah Daud Kasim, 64, diurus oleh Tabung Haji (TH) dan dikebumikan di tanah perkuburan Baqi di Madinah selepas solat Asar semalam''
Katanya, Allahyarham meninggal dunia pada pukul 9 pagi waktu tempatan di Klinik Zon 1, Hotel Al Haram, Madinah.
Allahyarham adalah jemaah haji di bawah tajaan 1Malaysia Development Berhad dan berasal dari Felda Bukit Easter, Kota Tinggi, Johor.
Tabung Haji akan melaksanakan badal haji untuk Allahyarham tanpa sebarang bayaran. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan