Khamis, 26 September 2013

BUAH DADA PEMANDU TEKSI WANITA DIRABA KETIKA MENGHANTAR PENUMPANG AKHIRNYA DIHANTAR KE BALAI BUKAN DISTINASI YANG DIMINTA

Setelah dicabul, seorang pemandu teksi wanita bertindak mengunci pintu teksinya dan memandu si pencabul dan rakannya terus ke balai polis berdekatan.

The Straits Time melaporkan semalam, penjaga stor berusia 20 tahun, Vikneswaran Veera Muthu seorang rakyat Malaysia telah dijatuhkan hukuman penjara empat bulan selepas beliau mengaku bersalah meraba buah dada pemandu teksi berkenaan ketika berada di dalam teksi.

Vikneswaran dan rakannya Mohd Arif Mohd Nor, 27, telah menaiki teksi yang dipandu oleh wanita berusia 45 tahun itu dekat Bedok pada 31 Mei lalu dan duduk di kerusi belakang.

Mereka mengarahkan pemandu wanita itu memandu mereka ke MacPherson.

Ketika teksi tersebut melalui Lebuhraya Pan-Island, pemandu wanita itu perasan Vikneswaran beralih tempat di bahagian tempat duduknya.

Secara tiba-tiba, beliau merapatkan tubuhnya ke depan sambil menjulurkan tangan ke depan untuk meramas buah dada pemandu wanita tersebut.

Mahkamah diberitahu, pemandu wanita itu menjerit dan Vikneswaran terus melepaskan ramasannya.

Wanita itu kemudiaanya mengunci teksi tersebut dan memandu terus ke Balai Polis Geylang untuk buat laporan polis.

Vikneswaran kemudian ditahan serta merta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan