PSSTTT...BILA LAH MASAALAH AIR NI NAK SELESAI |
BESTARI JAYA - Empat Loji Rawatan Air (LRA) yang ditutup semalam kerana pencemaran diesel di Sungai Selangor, mula beroperasi tengah malam tadi namun bekalan air ke kawasan terjejas dijangka pulih secara berperingkat di antara tiga hingga lima hari mulai hari ini.
Timbalan Menteri Tenaga, Tenaga Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid hari
ini berkata, dalam tempoh tiga hari itu, bekalan air di 80 peratus kawasan
terjejas terutamanya kawasan rendah dijangka kembali pulih seperti biasa.
Kerja mengepam air mentah dari Sungai Selangor bermula pada 12.30 tengah malam tadi di LRA Rantau Panjang seterusnya LRA Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) pada 12.40 pagi, LRA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) pada 5 pagi dan LRA Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) pada 5.30 pagi, katanya kepada pemberita semasa meninjau muka sauk LRA Sungai Selangor Fasa 2 di sini. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan