AMARAN KERAS dari Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, KPDNKK, Datuk Hasan Malek dalam satu sidang akhbar memaklumkan sumber berita yang Pendekar petik sedikit sebanyak melegakan kita dan diharap beliau dapat mengotakan janji dan membenteras setiap cubaan peniaga peniaga yang cuba mengambil kesempatan terhadap kenaikan harga minyak
Mennrut beliau lagi"Bagi memastikan tidak ada peniaga yang mengambil kesempatan dalam keadaan sekarang, seramai 1,845 anggota penguatkuasa dan 1,071 pegawai pemantau telah mula dikerah bagi mengesan kenaikan harga," ujar beliau selepas melancarkan Ops Harga 2013 peringkat kebangsaan.
Tambah beliau, peniaga menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum boleh didenda sehingga RM100,000, dipenjara tidak melebihi 3 tahun atau keduanya.
Sebagai pengguna, kita tidak sepatutnya hanya sibuk bercerita, hubungi KPDNKK jika harga barang dikesan naik.
Talian BEBAS TOL 1800-886-800.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan