Jumaat, 2 Ogos 2013

MAT SAPU TUDUH ALI RUSTAM TAK SIUMAN


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu,berkata ketelusan polis yang bebas dari penyelewengan dan rasuah diragui sehingga berlakunya kes tembak terhadap Pengerusi Mywatch R Sri Sanjeevan Ramakrishan akibat dari tindakan mangsa dalam cubaan mendedahkan nama polis yang dikaitkan dengan kegiatan kumpulan gangster dadah.

Kerana itu pentingnya untuk menubuhkan sebuah badan perisikan bebas bagi memantau kes jenayah dan badan ini tidak harus melibatkan mereka yang mempunyai kepentingan dengan polis,” kata Mohamad apabila dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau memberikan kenyataan mengulas komen bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang menuduh Pakatan Rakyat (PR) menjadi sebab peningkatan kes bunuh senjata api kerana parti tersebut memaksa kerajaan memansuhkan Akta Ordinan Darurat (EO) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Menyifatkan komen Ali Rustam sebagai tidak siuman beliau menegaskan kewibawaan polis boleh dipersoalkan kerana mereka mengambil masa terlalu lama menyelesaikan sesuatu kes dan belum berjaya menangkap suspek.

Dia (Ali Rustam) terlupa agaknya kes bunuh Altantuya siapa yang bunuh ? Polis.. jadi mengapa dia nak buat kenyataan sedemikian sedangkan dia tahu jenayah boleh dilakukan oleh sesiapa saja bukan sebab pemansuhan Ordinan Darurat itu tak masuk akal,” tegas Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu.


Psttt..
PAS mengatakan integriti polis boleh dipersoalkan dalam menangani kes jenayah terutama membabitkan kes bunuh senjata api yang semakin kerap berlaku kebelakangan ini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan