Khamis, 29 Ogos 2013

KHALED TIDOO,GAGAP KATA SAIFUDIN HANTU TAK PAYAH MASUK PEJABA

SAIFUDIN HANTU NAMA DIBERI AMBOI AMBOI...
Ahli Parlimen PKR Kuala Langat, Abdullah Sani baru-baru ini mempertikaikan bidang kerja Saifuddin Nasution yang semenjak melaporkan diri sebagai ketua staff di Pejabat Menteri Besar sehingga sekarang tidak pernah masuk ke pejabat bagi menjalankan kerja-kerja yang telah diamanahkan.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meremehkan laporan bahawa Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution belum masuk pejabat untuk memulakan tugasnya sebagai Ketua Staf di pejabat Menteri Besar dengan mendakwa teknologi moden tidak memerlukan seseorang untuk datang ke pejabat.

"Kita tak ada pejabat tapi kita ada apa yang dipanggil laptop atau Ipad. Itulah yang dimaksudkan dengan pejabat. Kerana komunikasi kini, ramai orang lebih gembira berkomunikasi sambil memukul bola golf,' kata Menteri Besar Selangor itu.

"Itulah yang dikatakan orang bisnes kepada saya. Mereka boleh lihat segalanya melalui Ipad dan boleh lihat orang bekerja,' tambah beliau,

Dalam ucapan balas ke atas kenyataan tersebut, Khalid Gagap selaku Menteri Besar kontroversi menidakkan tuduhan tersebut dengan menyatakan kepada barisan media baru-baru ini bahawa Saifuddin tidak perlu masuk ke pejabat sekiranya laporan dan tugasan dapat dihantar dengan menggunakan laptop dan ipad walaupun dia tidak masuk ke pejabat.

Senang rupanya kerja Saifudin selaku Pegawai Seranta Politik Selangor yang dilantik Anwar Ibrahim. Kerja tidak perlu masuk pejabat, keluar negara berseronok, mencari isu yang boleh menyalahkan kerajaan BN sebelum ini sampai akhir bulan boleh cucuk kad di atm dan keluarlah gaji lebih 10ribu. Mudahkan?

Kesimpulannya, lepas ni sesiapa sahaja yang bekerja dibawah pejabat SUK Selangor boleh la tak masuk ke pejabat selagi diorang ada 'Laptop dan IPad'.

Sebab, menurut definasi 'Pejabat' yang diberikan oleh Si Khalid Gagap ni ialah 'Laptop dan IPad'. Selagi mereka ada dua benda ni, selagi itu la diorang ada 'Pejabat'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan