Sabtu, 31 Ogos 2013

GANGGUAN BEKALAN AIR DI 7 KAWASAN DI SELANGOR BAKAL BERLARUTAN DALAM MASA TEMPOH YANG LAMA

KUALA SELANGOR 30 Ogos - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) terpaksa menghentikan sementara operasi Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang kerana berlaku kejadian minyak diesel memasuki sumber air di Hulu Sungai Selangor.

Kejadian tersebut mengakibatkan gangguan bekalan air di tujuh kawasan iaitu Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Langat, Hulu Selangor dan Kuala Selangor

Datuk Seri Mahdzir Khalid
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata tumpahan minyak berlaku apabila sebuah lori tangki diesel terbalik dan muatannya melimpah dan mengalir ke dalam Sungai Selangor pada kejadian kira-kira pukul 8 pagi ini.
Berikutan insiden itu, beliau berkata empat Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor, iaitu Fasa 1 (SSP1), Fasa 2 (SPP2) dan Fasa 3 (SPP3) serta LRA Rantau Panjang ditutup bagi mengelak rawatan air mentah yang sudah dicemari.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di sini, Mahdzir berkata proses pembersihan minyak sedang dijalankan dan dijangka mengambil masa yang lama.
Sungai Selangor merupakan sumber bekalan air untuk dirawat oleh empat loji berkenaan sebelum disalurkan ke rumah pam dan kolam-kolam.
Beliau berkata penutupan empat LRA itu menyebabkan gangguan bekalan air kepada penduduk di sekitar Gombak, Klang, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Petaling Jaya dan Kuala Langat.
Mahdzir berkata Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) akan membuka bilik operasi untuk membantu memberi maklumat secara berterusan kepada penduduk.
Sementara itu, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) berkata pihak pengendali loji masih melakukan kerja-kerja pembersihan dan tempoh pemulihanan dijangka mengambil masa.
Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred, dalam kenyataan, berkata pihaknya akan memaklumkan perkembangan kejadian itu dari masa ke semasa.

SEMENTARA ITU GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI WILAYAH KUALA LUMPUR DAN GOMBAK EKORAN HENTITUGAS TIDAK BERJADUAL RUMAH PAM WANGSA MAJU

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan berlakunya gangguan bekalan air tidak berjadual dan tekanan air rendah di beberapa kawasan di Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak berikutan berlakunya hentitugas tidak berjadual di Rumah Pam Wangsa Maju. Ekoran dari itu, kolam-kolam simpanan air utama SYABAS di beberapa kawasan yang terlibat mengalami penurunan paras air yang kritikal dan menjejaskan bekalan air kepada pengguna.

Sebagai makluman, penurunan paras kolam air yang berlaku adalah disebabkan berlakunya kejadian hentitugas tidak berjadual di rumah pam Wangsa Maju yang dikesan berlaku pada sekitar jam 4.00 petang semalam, 25 Ogos 2013. Punca kejadian adalah disebabkan rumah pam tersebut mengalami masalah pada sistem bekalan elektrik utama walaupun kesemua pam beroperasi dalam keadaan baik. Pada masa ini, pihak SYABAS dan kontraktor yang dilantik sedang berusaha mengambil tindakan segera untuk membaikinya bagi membolehkan pam dapat beroperasi seperti biasa. Walau bagaimanapun, tempoh pembaikan bagi kerja-kerja ini masih belum dapat dipastikan pada masa kenyataan ini disiarkan.

Disebabkan kejadian ini, pihak SYABAS telah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Hijau bagi Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak pada jam 8.00 pagi (26 Ogos 2013) apabila dianggarkan sejumlah 91,963 akaun pengguna yang melibatkan sebanyak 98,637 pintu rumah di wilayah Gombak dan Kuala Lumpur terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual termasuklah tekanan air rendah. Antara kawasan yang dikenalpasti terlibat dengan gangguan bekalan air ini adalah termasuk:-

Wilayah Kuala Lumpur

1    Flat DBKL Dato’ Keramat
2    Jalan Padang Tembak
3    Jalan Semarak
4    Jalan Gurney
5    Kementah
6    Pulapol
7    Wisma Tanah
8    JUPEM
9    UTM
10    FELDA
11    Pusat Latihan Telekom
12    Jalan U Thant
13    Jalan Ampang Hilir
14    Taman Pandan Jaya
15    Taman Cempaka
16    Taman Bakti
17    Taman Nirwana
18    Kampung Pandan Dalam
19    Taman Cahaya
20    Pandan Cahaya
21    Taman Dagang
22    Taman Shamelin
23    MINDEF
24    Taman Tenaga
25    Taman Miharja
26    Taman Kobena
27    Desa Pandan
28    Flat Sri Melaka
29    Jalan Kent
30    Taman Putra Sulaiman
Jumlah Akaun : 29,375


Wilayah Gombak
1    Kampung Baru Ampang
2    Kampung Melayu Ampang
3    Taman Hillview
4    Bukit Jobina
5    Taman Dato Ahmad Razali
6    Taman Bukit Indah
7    Taman TAR
8    Kampung Tasek Permai
9    Ukay Heights
10    Ampang Jaya
11    Dataran Ukay
12    Pinggiran Ukay
13    Sri Ukay
14    Beverly Heights
15    Ampang Indah
16    Ampang Saujana
17    Ampang Water Front
18    Bandar Baru Ampang
19    Bukit Ampang Permai
20    Bukit Indah
21    Desa Lembah Permai
22    Desa Setapak
23    Jalan Ampang
24    Kampung Bukit Sungai Puteh
25    Keramat AU 1 hingga AU 5
26    Kampung Ampang Campuran
27    Kampung Indah Mulia
28    Kampung Kemensah
29    Kampung Lembah Jaya
30    Kampung Pinggir Tiga Jaya
31    Kampung Tengah Lembah Jaya
32    Lembah Jaya Utara
33    Lembah Jaya Selatan
34    Sri Rampai
35    Taman Ampang
36    Taman Dagang Permai
37    Taman Pandan Ria
38    Taman Permai Jaya
39    Taman Permata
40    Taman Saujana Ampang
41    Tasek Tambahan
42    Taman Ampang Mewah
43    Taman Ampang Utama
44    Taman Bukit Ampang
45    Taman Cahaya Ampang
46    Taman Dagang Jaya
47    Taman Halaman
48    Taman Kesuma Ampang
49    Taman Kosas
50    Taman Mulia Jaya
51    Taman Rasmi Jaya
52    Taman Sri Ampang
53    Taman Watan
54    Wangsa Melawati
55    Bukit Antarabangsa
56    Ukay Perdana
57    Ukay Bistari
58    Kelab Ukay
Jumlah Akaun : 62,588
JUMLAH KESELURUHAN AKAUN: 91,963 (98,637 PINTU RUMAH)

Pada masa ini, SYABAS menyediakan sebanyak 42 buah lori tangki dan 525 tangki statik diletakkan dalam keadaan tunggu sedia untuk membantu membekalkan air ke kawasan-kawasan yang terlibat. Sementara itu, pihak SYABAS mengharapkan agar para pengguna dapat memahami keadaan ini dan menggunakan air sebaik-baik mungkin dan dengan cara yang paling berhemah bagi mengelakkan sebarang pembaziran dari berlaku. Walau bagaimanapun, pihak SYABAS akan memantau keadaan ini secara berterusan dan akan memaklumkan perkembangan terkini kepada orang ramai dari semasa ke semasa.  

Bagi para pengguna  yang memerlukan maklumat lanjut disarankan agar melayari laman web syabas di www.syabas.com.my atau boleh membuat aduan terus di laman Facebook atau Twitter SYABAS dengan menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’. Para pengguna juga boleh menghantar sebarang aduan ataupun pertanyaan melalui SMS dengan menaip PUSPEL<jarak>aduan / pertanyaan dan hantar ke 39222,  selain digalakkan untuk menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol, 1-800-88-5252.


-tamat-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan