Khamis, 29 Ogos 2013

#BANTAH TPPA : PENJAJAHAN EKONOMI MALAYSIA YANG BARU!! KENAPA MALAYSIA BERSUNGGUH SANGAT?

Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) memang ramai yang tidak tahu tentangnya dan tidak kurang juga ramai yang diantara kita tidak ambil tahu dan menganggapnya adalah perkara biasa dalam rundingan antara kerajaan dalam perdagangan antarabangsa.

Namun jika anda tahu apakah yang TPPA mampu buat pada anda dan keluarga anda sudah pastinya agenda menentang perlaksanaan TPPA oleh kerajaan ini akan menjadi perjuangan utama anda untuk memastikan masa depan anda dan keluaraga terjamin.

Jadi untuk pusingan pertama penjelasan yang ringkas dan mudah anda fahami, penulis mahu menjelaskan bahawa TPPA dibimbangi akan menjejaskan nasib para usahawan Melayu dan rakyat dalam negara ini atau dalam bahasa kasarnya akan membawa bencana kepada ekonomi negara.

Antaranya TPPA dipercayai akan menyekat peluang syarikat tempatan dan memberi kelebihan kepada syarikat asing untuk menyertai pasaran tempatan. 

Perkara itu dibimbangi akan berlaku memandangkan data berhubung perjanjian TPPA masih belum didedahkan dan ia terus menjadi rahsia kepada mereka yang terlibat dalam rundingan perjanjian ini termasuklah kerajaan.

Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) dan beberapa NGO lain antara yang lantang menyuarakan kerisauan tentang perkara ini percaya jika TPPA dilaksanakan ia akan menutup terus pintu rezeki syarikat tempatan, dan akan membuka seluas-luasnya akses perniagaan kepada entiti asing yang mempunyai keupayaan modal dan sokongan lebih baik. Baca lagi di SINI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan