Selasa, 9 Julai 2013

Subsidi yuran Taska Bukti Keperihatinan Kerajaan

Keluarga berpendapatan RM2,000 dan ke bawah sebulan diberi subsidi sebanyak RM180 sebulan bagi setiap anak untuk mengurangkan beban yang ditanggung rakyat dengan cara melayari laman sesawang Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di www.jkm.gov.my dengan memuat turun borang YP1..
Bagi Keluarga yang kurang berkemampuan yang berpendapatan isi rumah per kapita RM500 dan ke bawah sebulan boleh memohon subsidi yuran pengasuhan kanak-kanak Taska sebanyak RM250 sebulan bagi setiap anak berusia enam tahun dan ke bawah, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim.
Katanya permohonan yang dibuka sejak April tahun ini memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah untuk membiayai kos pengasuhan anak di Taska.
Selain itu, keluarga berpendapatan RM2,000 dan ke bawah sebulan turut diberi subsidi yang sama sebanyak RM180 sebulan bagi setiap anak untuk mengurangkan beban yang ditanggung rakyat.
"Kita beri subsidi ini bagi membantu rakyat yang dibebani dengan isu kos pembiayaan pembantu rumah yang semakin meningkat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program bersama anak yatim di Sarah Hughes @ Globe, di sini, hari ini.
Bagaimanapun, bagi mendapatkan subsidi untuk tahun berikutnya, pemohon perlu memperbaharui permohonan mereka pada setiap tahun Rohani berkata kerajaan sedang berusaha untuk membantu membina 1,000 lagi Taska yang berdaftar di bawah JKM.
"Kementerian akan memberi sebanyak RM10,000 kepada pengusaha Taska yang lulus permohonannya di bawah JKM,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan