Ahad, 7 Julai 2013

PRK K.Besut: Pas pilih calon popular

MAMPUKAH PARTI YG KONONNYA LEBIH ISLAMIK DARI BN NI MNG
Admin @PM Difahamkan, Pas akan meletakkan calon yang popular bagi merebut tempat yang digalas Adun BN sebelum ini dan persoalan nya mampukah parti yang bermasaalah ini menang di PRK itu nanti kerana dikawasan itu memang kubu kuat BN dan mejoriti kemenangan yg lepas sudah terlalu besar dan kepercayaan orang disana lebih memihak BN Kerana disitu mejoriti orang elayu lebih yakin dengan BN untuk menjaga kepentingan Agama berbanding Pas yang lemah bila ditindas Kuasa DAP dan PKR 
 
Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, seramai tiga calon Pas sudah disenaraipendek untuk bertanding pada PRK Kuala Besut, 24 Julai depan.

Mengulas mengenai ciri-ciri calon, selain daripada anak tempatan, Pas turut mengutamakan calon yang popular di kawasan Dun berkenaan.

"Pas juga pastikan calon yang diletakkan pada PRK ini merupakan calon boleh menang untuk memastikan kerusi Dun Kuala Besut kembali dimenangi parti itu seperti tahun 1999.

“Keutamaan kita memang calon tempatan, tapi kita nak kali ini ia dikenali di pulau dan darat.

“...dan sudah semestinya kita akan meletakkan calon boleh menang di situ dan membawa isu tanah dan pentadbiran kawasan tersebut,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Sebelum ini Pas dan Umno dilaporkan akan mengumumkan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut, Selasa ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali yang terkenal dengan skandal tentang video panas satu ketika dula menjelaskan turut mengesahkan, senarai nama tiga calon itu akan dibincangkan dalam mesyuarat khas Pas Pusat pada  Isnin bagi memilih calon yang layak.

“Kita akan buat pemilihan terakhir pada mesyuarat Isnin ini, Insya-ALLAH pada malam Isnin.

“Calon itu kita pilih semua orang muda, namun ada wakil daripada Pemuda Pas atau tidak, saya tidak boleh beritahu,” dakwanya lagi apa apa pun .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan