Selasa, 16 Julai 2013

KERAJAAN DIGESA PERTIMBANGKAN BERI BONUS PADA PENJAWAT AWAM

Mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa yang menyatakan kerajaan masih belum membincangkan mengenai pemberian bonus Aidilfitri Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, pemberian bonus itu dapat mengurangkan beban mereka dalam membuat persiapan hari raya kerana perbelanjaan ketika Ramadan dan Aidilfitri adalah tinggi berbanding hari biasa.
Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini tetap meminta kerajaan memberi bonus setengah bulan gaji sempena Aidilfitri kepada 1.4 juta penjawat awam walaupun mereka akan menerima kenaikan gaji tahunan pada bulan ini.
Menurutnya lagi"Sekarang ramai peniaga yang menaikkan harga barang sempena musim perayaan dan menurutnya lagi jika diberi bonus setengah bulan itu diharap dapat mengurangkan beban perbelanjaan mereka,
Psssstttt....Beruntung nya menjadi penjawat awam ada pihak yang hendak membela tapi bagi Admin la kan lebih elok kerjaan bagi bonus untuk orang orang miskin yang bergaji bawah RM600 lagi berfaedah maklumlah golongan ni rata rata mengundi Kerajaan berbanding golongan penjawat Awam yang ramai menjadi dalang Pakatan Pembangkang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan