Sabtu, 27 Julai 2013

KDN MENGENAL PASTI DAN MEMPUNYAI MAKLUMAT LENGKAP PEMIMPIN POLITIK YANG MEMBUKA JALAN KEPADA GERAKAN SYIAH DI NEGARA INI

KEMENTERIAN DALAM NEGERI Akan mengambil tindakan tegas terhadap mana mana individu termasuk pemimpin politik dan pertubuhan yang masih mengamalkan Ajaran Syiah menurut Datuk Zahid Hamidi ketika Admin @PM baca di Sinar Harian semalam,

sehubungan itu juga dikatakan Menteri berkenaan ,Datuk Seri Zahid Hamidi berkata tindakan akan diambil sekiranya ada laporan daripada Majlis Agama Islam Negeri Negeri atau Pertubuhan pertubuhan bukan Kerajaan Islam serta Jakim.


Menurut laporan yang disiarkan di Sinar itu lagi Admin @PM amat tertarik dengan kenyataan beliau yang berbunyi ''KDN TURUT MENGENAL PASTI DAN MEMPUNYAI MAKLUMAT LENGKAP PEMIMPIN POLITIK YANG MEMBUKA JALAN KEPADA GERAKAN SYIAH DI NEGARA INI'' kata Datuk Zahid Hamidi lagi didalam sidang Media selepas  Majlis Berbuka Puasa dan penyampaian Zakat Perniagaan PNMB pada 25 julai 2013

Menurutnya lagi ''Kalau Pemimpin Parti berkenaan hendak menafikannya lagi (penglibatan dengan Ajaran Syiah) dalam kempen Parti ,silakan.Tetapi mereka mesti istiharkan diri mereka dan jangan berselindung daripada mana mana fahaman  selain daripada Al- Sunnah Wal Jamaah,''katanya.

PM begitu teruja membaca penutup ucapan beliau pabila beliau menegaskan ''KDN dan Agensi agensi lain termasuk Polis DIraja Malaysia,jabatan Pendaftaran Pertubuhan dan Jabatan Imegresen akan meningkatkan pemantauan terhadap kegiatan itu,dengan itu tidaklah kita risau sangat dengan penguatkuasaan ini semoga Syiah dapat dibendung dengan ketegasan dari pihak berkuasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan