Selasa, 23 Julai 2013

KASIHNYA AYAH 73 TAHUN MENJAGA ANAK2NYA YANG KURANG UPAYA BERUMUR ANTARA 46,40, DAN 36 TAHUN TANPA ISTERINYA YANG PERGI MENYAHUT SERUAN ILAHI

Allaahummaghfir lii wa liwaalidayya warhamhumma kamaa rabbayaanii shaghiiraa

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku dan kasihanilah keduanya sebagaimana mereka mengasihiku pada waktu kecil Amin...


Sungguh menyayat hati melihat kasihnya seorang ayah pada anaknya ini beliau sanggup bersusah payah demi menjaga anak anaknya yang cacat secara bersendirian selepas kematian isterinya yang tercinta sembilan tahun yang lalu, 

Sungguh mengagumkan ketabahan pakcik ini beliau adalah Aamiin Mat Ali Mat Piah, 73, yang membanggakan PM beliau sanggup menjaga enam anaknya yang cacat secara bersendirian dan bagaimanapun tiga daripada anaknya itu mengikut jejak ibu mereka dalam tempoh beberapa tahun lalu dan dia kini menjaga tiga anaknya iaitu Mohd Fadhil, 46, Norizan, 40, dan Noruma, 36.

Mat Ali yang menyewa di Kampung Baru Beserah, menyara keluarganya dengan wang pencennya sebagai tukang kebun Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah sebanyak RM800 sebulan, selain bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tiga anaknya itu berjumlah RM450 sebulan.

Menurutnya, tiga anaknya itu tidak pandai menguruskan diri masing-masing menyebabkan dia terpaksa menguruskan semuanya termasuk mandi, makan dan membuang air.
Foto
MAT Ali menyuapkan seorang anaknya yang cacat pada program Mesra Sahur BAKKISS bersama masyarakat, semalam.

“Dari dulu lagi saya mengimpikan untuk mempunyai rumah sendiri malangnya cita-cita itu tidak kesampaian sehingga terpaksa menyewa rumah ini.


SEMOGA JADI PERINGATAN PADA SAHABAT SAHABAT PM JANGAN LUPA DOAKAN KEBAIKAN KEATAS ORANG TUA KITA
Ibu/ Ayah : nak, kamu tau kenapa ibu/Aah sangat menyayangi mu?
Anak/Ayah: karena aku anak ibu/Ayah kan?
Ibu/Ayah : ada aLasan yg lebih hebat drpd itu nak.
Anak/Ayah : apa itu bu/ayah?
Ibu/Ayah : krn kamu penyelamat ibu/dn ayah saat dialam kubur nanti.
Anak/Ayah : ibu .. 
Ibu/Ayah : jadiLah anak soLeh nak. Ibu perLukan do'a mu disana nanti 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan