Jumaat, 26 Julai 2013

GEMPAR BUAYA TEMBAGA 1 TAN DITARIK KELUAR DARI SUNGAI SELANGOR

KUALA SELANGOR - Seorang nelayan terkejut apabila mendapati objek yang disangka sebatang kayu terapung rupa-rupanya bangkai seekor buaya tembaga seberat satu tan metrik di Sungai Selangor di sini pagi semalam.

Lelaki tersebut menemui bangkai reptilia itu pada kira-kira pukul 9 pagi dia kemudian menarik bangkai tersebut ke Jeti Nelayan Kampung Bukit Belimbing di sini sebelum dia menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Ura ura penduduk mengatakan buaya ni mati kerana berlawan dengan buaya baru heeeheee yang ingin merebut kawasan haaahaaaa biar betikkk ini mcm cerita metos la pulak erk sekadar melawk kot cerita ni tapi pakcik tu bercakap macam serius la pulak

Untuk makluman buaya ini tak sebesar mana dari buaya yang sering dilihat penduduk tempatan sebelum ini kata sebilangan penduduk yang mendakwa melihat buaya lebih besar dan dikhbarkan sebesar kereta kancil haaahaaa besor tu macam tak logik jer enth lah kekadang orang kan suka menokok tambah cerita tu yang payah tu

Melihat besarnya buaya ini teringat tahun lepas Admin pun ada turun memancing udang di situ ,memang ada orang cerita situ ada buaya den buat tak port sahaja tak sangka sebesar ini kalau tahu tak kuasa den nak pancing udang kat situ,alah sebelum ni kawan rapat admin ada membelat sembilang kat sungai selangor tu tapi di tempat bersebelahan lah iaitu sungai kalkati ketika air surut dia nampak anak buaya sedepa panjang nya ditangkapnya masuk sampan air pasang dilepaskannya balik heeeheeee.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan