Ahad, 14 Julai 2013

DUTA VATICAN CITY TIADA HAK MEMPERTIKAIKAN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH DI MALAYSIA KERANA ??

Apakah motif mereka ini mempertikai perlembagaan dan undang-undang dalam Malaysia ini sehinggakan Agama Islam dan hak orang-orang Melayu sering diperkotak katikkan sehinggakan saban hari ada sahaja individu atau organisasi yang mula berani mempertikaikan perlembagaan dan undang-undang dalam Malaysia..
Jika sebelum ini ada beberapa organisasi NGO atau parti pembangkang yang mempertikaikan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputra serta Islam, kini mereka sudah berani apabila mula membabitkan Duta Vatican City ke Malaysia iaitu Bishop Joseph Marino.

Semalam satu sidang media khas gabungan NGO Islam Malaysia telah diadakan bagi membantah kenyataan Duta Vatican City ini yang mahukan kalimah Allah boleh digunapakai oleh Kristian di Malaysia. Gabungan NGO tersebut yang diketuai oleh bekas Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Mat Isa mendesak supaya kerajaan Malaysia menghalau Joseph Marino dari Malaysia supaya negara tidak bergolak dengan isu yang bakal dimainkan oleh pihak pembangkang yang sebelum ini berusaha bermati-matian mempertahankan penggunaan kalimah Allah oleh gereja Kristian.

Mohon kerajaan buat sesuatu supaya negara tidak bergolak hanya kerana kenyataan Duta Vatican City ini.

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Tindakan Duta Vatican City Ke Malaysia Biskop Joseph Marino mengeluarkan kenyataan berhubung penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di negara ini tidak sepatutnya berlaku kerana menimbulkan kegelisahan awam serta boleh menggugat perpaduan rakyat Malaysia. 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kenyataan itu amat tidak wajar dikeluarkan mana-mana pihak sebagai menghormati sensitiviti umat Islam di negara ini. 
“Sikap bertoleransi antara agama di negara ini sewajarnya diambil kira oleh semua pihak dalam mengeluarkan kenyataan yang boleh ditafsir sebagai mengganggu keharmonian antara agama di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 
Beliau menarik perhatian bahawa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sebelum ini memutuskan kalimah Allah hanya khusus diguna pakai oleh umat Islam di Malaysia dan tidak wajar disalah guna oleh mana-mana pihak. 
“Saya menasihatkan semua pihak untuk tidak mempolemikkan isu kalimah Allah ini sehingga ia diputuskan di mahkamah kelak,” katanya. 
Sebuah gabungan pertubuhan bukan kerajaan Islam-Melayu semalam mendesak kerajaan mengusir Biskop Joseph Marino berhubung tindakan beliau mengeluarkan kenyataan yang didakwa, antara lain, memuji hujah Persekutuan Kristian Malaysia berhubung penggunaan kalimah Allah dalam kalangan penganut agama itu di negara. - UMNO Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan