BESUT -Malang tidak berbau dan sudah takdirnya begitu diharap keluarga Arwah tabah menerima ujiannya mungkin ada hikmah disebaliknya dan Allah S.W.T lebih menyayanginya
Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun lapan bulan maut selepas dipatuk seekor ular ketika sedang tidur dalam kejadian di rumahnya di Kampung Gong Ubi Keling, dekat Jabi di sini, malam semalam.
Kejadian dipercayai berlaku pukul 11.30 malam ketika Puteri Suhana Sata sedang tidur di ruang tamu rumah bersama ibu dan empat lagi adik-beradiknya.
Ibunya Zela Mohamad, 42, berkata, kejadian disedari oleh anak sulungnya, Mohd Ruhaidi, 25 yang ternampak ular berkenaan di hujung kaki anak bongsunya itu.
"Kami baru sahaja tidur sementara Mohd Ruhaidi berada di dalam sebuah bilik untuk membuat kerja. Mohd Ruhaidi yang keluar daripada bilik untuk ke bilik air ternampak seekor ular hitam sepanjang hampir satu meter berhampiran kaki Puteri Suhana dan mengejutkan saya,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya, dekat sini hari ini.
Katanya beliau yang bangun dan memeriksa Puteri Suhana mendapati kaki anak bongsu daripada 11 beradik itu berdarah manakala ular terbabit yang dipercayai ular tedung sudah menyusur ke tepi dinding menuju ke bahagian dapur. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan