KUANTAN - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa hari ini menarik balik saman fitnah RM5 juta yang dikemukakan terhadap penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Kickdefella dua tahun lalu.
Husam yang tidak hadir pada prosiding hari ini diwakili peguam Ahmad
Mustaqim Zaki dari Tetuan Hisham Fauzi & Associates manakala Syed Azidi
diwakili Peguam Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos.
Bagaimana pun Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Seri Mariana Yahya memutuskan dalam kamar agar Husam membayar kos RM40,000 kepada Syed Azidi kerana tindakan tersebut.
Sementara itu, Jahaberdeen yang ditemui pemberita di luar mahkamah berkata, pihak plaintif tidak memberikan sebarang alasan berhubung keputusan menarik balik saman tersebut.
Katanya, plaintif datang ke mahkamah pada hari ini untuk menarik semula kes
tersebut dengan kebebasan untuk memfailkan semula. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan