Isnin, 8 Julai 2013

BELUM ADA KEPERLUAN KERAJAAN BAWA PULANG PELAJAR TAJAAN MARA DI MESIR

Situasi politik di Mesir ketika ini tegang ekoran penggulingan Presiden Mohammed Morsi oleh pihak tentera negara itu pada Selasa dan sehingga semalam pertempuran antara penyokong Morsi dengan penentangnya di beberapa bandar raya negara itu, sudah meragut lebih 30 nyawa.

Terdapat kira-kira 1,000 pelajar tajaan Mara menuntut di Mesir kini dengan kebanyakan mereka menetap berjauhan daripada kawasan konflik 

Selagi mereka tidak terjerumus atau terlibat dalam sebarang demonstrasi, keadaan mereka terjamin,” kata 
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal dan pihaknya sentiasa berhubung dengan Wisma Putra bagi mendapatkan nasihat serta panduan mengenai keadaan di negara yang sedang bergolak itu.

Menurut beliau, setakat ini suasana persekitaran kawasan penempatan pelajar Mara di Mesir adalah terkawal dan mereka tidak terlibat dengan sebarang demonstrasi di sana katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Kemajuan Masyarakt (Kemas) di Dewan Serbaguna kementerian di sini hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan