Khamis, 20 Jun 2013

TERKINI !!!PERUSUH ANTI PTPTN UMAR MOHAMAD AZMI DIARAH BAYAR DENDA RM3,000 BERBANDING RM1,000 SEBELUM INI.

Ini bukannya kes kecik kerana kes ini lebih kepada kes budak feeling intelek ,yang mencari Publisiti murahan kononnya nak jadi pejuang rakyat degil keras kepala dan menyusahkan orang lain semoga hukuman yang di terima menjadi pengajaran pada golongan pentaksub politik seperti Budak ini
Akhirnya Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan seorang pelajar kolej swasta yang mengambil bahagian dalam demonstrasi anti-PTPTN pada April tahun lepas supaya membayar denda RM3,000 berbanding denda RM1,000 dan penjara sebulan yang dijatuhi Mahkamah Majistret sebelum ini.
Menurut pihak Hakim Kamardin Hashim, yang mendengar rayuan peguam Syahredzan Johan yang mewakili Umar Mohamad Azmi, 24, terhadap sabitan dan hukuman yang ditetapkan oleh mahkamah rendah itu, bagaimanapun mengetepikan hukuman penjara terhadap perayu.
Pada 23 April tahun lepas, Umar didakwa dengan sengaja menghalang seorang pegawai penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Mohd Masran Mamat, 34, menjalankan tugasnya untuk menangkap seorang lelaki.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Dataran Merdeka, Jalan Raja di sini pada 8.05 pagi.
Umar didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.
Pendakwaan ini telah dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Jean Sharmila.
PSSSTTT...apabila masuk penjara, musnahla masa hdpn kita....hncurla harapan mak bapak kita menghantar anak2 kita masuk u, tetapi duk sibuk demo sana sini hasilnya haprak habok pon tak ada

Tiada ulasan:

Catat Ulasan