Ahad, 2 Jun 2013

SPR MENDAPAT PUJIAN DARI MENTERI LUAR AUSTRALIA KERANA MEMPUNYAI KREDIBILITI DAN BOLEH DIPERCAYAI


ANWAR IBRAHIM KECEWA

Ramai yang sudah memuji dan ramai juga yang mengatakan ketulusan SPR dalam menjalankan Amanah dan menjadi orang tengah yang Adil dan saksama dalam menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan Rakyat bagi memilih siapa yang bakal memimpin Malaysia

Kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh Menteri Luar Australia ni seharusnya dapat membuka mata Rakyat bahawa apa yang digembar gemburkan Anwar hanyalah satu Penipuan bagi mengelak dari janji-janjinya untuk bersara sekiranya Beliau gagal memenagi PRU13 tempoh hari
MELBOURNE - Menteri Luar Australia Senator Bob Carr telah menyifatkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di Malaysia pada 5 Mei lepas, mempunyai kredibiliti dan boleh dipercayai.
   
Menjawab soalan Editor Luar Negara akhbar 'The Australian', Greg Sheridan, di stesen televisyen 'Sky' mengenai kredibiliti Malaysia, Ahad, Car berkata:
   
"Nah...mereka pasti adalah kerajaan yang berwibawa.
   
"Saya menelefon rakan sejawatan Anifah Aman (Datuk Seri) pada Jumaat untuk mengucapkan tahniah serta mengatakan saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan beliau pada Sidang Kemuncak Asia Timur di Brunei dan juga forum lain," katanya.
   
Carr mengulangi matlamat kerajaan Australia supaya tidak campur tangan dalam urusan politik domestik di Malaysia.
   
Sheridan mengingatkan Carr terhadap banyak 'komen histeria' mengenai PRU13 di Australia, bukan kurangnya daripada Senator Nick Xenophon bahawa Malaysia adalah diktator dan Anwar Ibrahim (Datuk Seri) adalah Nelson Mandela di Asia Tenggara, Carr berkata:

"Ia adalah pilihan raya Malaysia. Seperti yang saya nyatakan di Senat semasa menjawab soalan Xenophon bahawa kita bukan surujanjaya pilihan raya untuk Malaysia.
   
"Kita tidak boleh membuat keputusan mengenai keadilan atau ketidakadilan dan kita bukan mahkamah pertikaian yang menentukan sama ada seseorang dengan dakwat calit di jari selepas mengundi mampu membuang undi lain atau tidak...kita tidak boleh masuk campur ke dalam perkara-perkara seperti itu," katanya.
   
Carr berkata ia adalah pilihan raya Malaysia yang dijalankan di bawah peraturan berbeza daripada pemahaman rakyat Australia.
   
"Tetapi kerajaan (Australia) - kita tidak boleh masuk campur dalam urusan hal ehwal dalaman negara yang mana kita menikmati hubungan mesra," katanya.
   
Menteri Luar itu berkata rakyat Malaysia sendiri akan membuat penentuan pada masa depan mengenai kaedah dan peraturan pilihan raya mereka dan Australia tidak mempunyai peranan dalam soal itu. - Bernama
Jadi tak timbul isu SPR tidak adil kerana apa yang SPR lakukan nampaknya tiada melanggar mana mana peraturan yang digariskan malah tuntutan Pakatan Pembangkang untuk penambah baikan sistem Pilihan Raya juga telah dibuat jadi tak timbul langsung masaalah ketidak Adilan dalam PRU13 lalu kerana semua tuduhan yang Pakatan Pembangkang buat tidak mempunyai Bukti yang kukuh bahawasanya ada berlaku sebarang penipuan dalam Pilihan raya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan