Jumaat, 21 Jun 2013

POLIS ANGGAP TUDUHAN KUALA LUMPUR 10 BANDARAYA TERBAHAYA DI DUNIA SATU FITNAH MELAMPAU

Polis Diraja Malaysia (PDRM)hari ini  jelas telah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan sebuah laman web yang menyenaraikan bandar raya Kuala Lumpur sebagai antara 10 bandar paling berbahaya di dunia.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan laman Facebook PDRM, dakwaan itu sama sekali tidak benar dan orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai maklumat itu seterusnya menyebarkan maklumat berkenaan.
"Orang ramai diminta supaya tidak semudahnya mempercayai dan menyebarkan
maklumat yang tidak sahih daripada laman web tersebut tanpa merujuk terlebih
dahulu daripada polis.
"Warga Malaysia juga haruslah menjadi penyebar maklumat yang bertanggungjawab dan beretika dengan memastikan sebarang maklumat yang diperoleh dan ingin dikongsi adalah daripada sumber yang rasmi," menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan