Selasa, 18 Jun 2013

PAS MEMANG WAJAR DITARBIAH SUPAYA SEDAR DIRI TU SIKIT !!!! ?


Admin tidak hairan langsung apabila Pas dimalukan lagi Pada Persidangan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Ke-13 semalam kerana memang wajar mereka ini diberikan teguran kerana mereka ni sering sangat melakukan perkara2 yang melampau dengan apa yang diceritakan oleh Ketua Pembangkang Kelantan dan ini cuma pendapat admin sebagai teguran Ikhlas buat Pemimpin2 Pas sekiranya terasa Admin mintak maaf banyak2
Semalam PAS sekali lagi dimalukan apabila sikap mereka yang sering tidak menjaga percakapan dan tiada adab-adab dalam berpolitik dengan cacian dan makian membuatkan Persidangan semalam agak tegang selepas ketua pembangkang dari Barisan Nasional membidas serta mentarbiahkan PAS,
Datuk Norzula Mat Diah 'membasuh' beberapa pemimpin Pas yang disifatkannya sebagai tidak beradab dan sering melemparkan makian serta tuduhan liar dengan Fitnah yang tak berasas.
Bagi Admin Rakyat perlu bijak menggunakan Fakta dalam menangani permasaalahan ini dan janganlah terlalu taksub dengan Penipuan yang Pas bawa sebagai contoh fitnah kononnya 40,000 warga Bangladesh dibawa masuk ketika PRU13 untuk mengundi BN adalah satu penipuan yang tidak masuk diakal kerana bayangkan berapa banyak penerbangan yg perlu dibuat dan bagaimana jumlah yang begitu banyak tidak dapat dikesan dan jelas isu ini tak masuk diakal langsung
Akan tetapi yang agak pelik dan memeranjatkan ada dikalangan Peguam,cikgu dan pelbagai lagi bijak pandai dalam Pakatan Pembangkang masih boleh tertipu dengan dakyah yang Pas bawa,Persoalannya dimanakah logiknya
Sebagai Parti yang berani menjaja nama Islam wajib menjaga maruah Parti dengan membawa contoh yang Mulia jika tidak Pas harus fikirkan untuk jangan sesekali menggunakan Nama Islam dalam Partinya kerana pandangan orang sekeliling nampak apa yang Pas bawa dengan masaalah moral boleh membawa pandangan serong dari pemerhati serta memburukkan nama serta kesucian Agama kita dan terbaru semalam Admin tertarik dengan berita Pas di tarbiahkan oleh ketua Pembangkang di Kelantan semalam di dalam kosmo
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh itu berkata, pemimpin Pas tersebut sering berselindung di sebalik kopiah dan songkok yang dipakai untuk menunjukkan sifat baik, sedangkan kata-kata yang dihamburkan penuh dengan kejian.
Norzula yang sebelum itu mengikuti perbahasan titah ucapan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke V yang disampaikan Zaki Ibrahim (Pas-Kelaboran), bangun mencelah selepas wakil rakyat berkenaan mengeluarkan kenyataan menuduh Barisan Nasional (BN) menggunakan pil kuda, arak dan air ketum untuk menarik golongan muda untuk memenuhi markas, selain mendapatkan undi.
"Di dewan mulia ini, kita jaga pertuturan, jangan sakitkan hati orang sebab Pas cakap perjuangan Islam, tetapi bila bangun, tuduh dan maki orang.
Psssstt..Pas wajar menunjukkan contoh yang baik pada pimpinannya Untuk menarik undi Rakyat bukannya hanya bermodalkan cacian dan simpati Rakyat sahaja serta Admin rasa Pas wajar mencermin kan diri partinya sendiri jangan asik sibuk menjaga tepi kain parti lawan dan ingatlah sesungguhnya carilah kelemahan sendiri dan cari apa puncanya Pas ditolak oleh rata2 orang melayu yang masih mementingkan Islam terutamanya Melayu kampung.kalau Melayu dibandar tu mereka mungkin boleh terpedaya dengan janji palsu dan hiburan2 yang Pakatan Bawa tapi bukan orang-orang kampong.Wallahuaklam...sekadar Pandangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan