Sabtu, 29 Jun 2013

PAS KAKI FITNAH ?

Tindakan penyokong kerajaan negeri Kelantan menuduh Umno dan Barisan Nasional (BN) mengamalkan taktik kotor pada pilihan  raya umum lalu dengan memberi pil kuda kepada penagih dadah dan arak adalah tohmahan untuk memburuk-burukkan Umno dan perkara ini jelas tidk masuk Akal.
    
Ketua Pembangkang Datuk Nozula Mat Diah (BN-Paloh) berkata tuduhan Mohd Zaki Ibrahim (Pas-Kelaboran) itu bertujuan supaya rakyat tidak menyokong Umno dan BN.
    
"Mana mungkin kita mengupah penagih yang terlibat dengan pil kuda untuk menyokong, sedangkan ia musuh kita...kita nak banteras benda ini (ketagihan dadah).
    
"Sebab itulah saya lihat perkara ini, pemimpin PAS cuba fitnah kita untuk memburukkan memburukkan kita di mata rakyat supaya berterusan tidak menyokong Umno," kepada pemberita sewaktu persidangan DUN berhenti rehat.
    
Terdahulu, semasa membahaskan titah ucapan Sultan Kelantan pada persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini, Mohd Zaki mendakwa BN telah memberikan pil kuda dan arak kepada petugas parti pada Pilihan Raya Umum ke-13 lepas.
 
Nozula berkata Pas sengaja membuat tuduhan liar itu bagi memainkan sentimen di kalangan penduduk di negeri ini serta anak-anak muda yang berhijrah ke luar Kelantan untuk terus memberi sokongan kepada mereka.    

"Sebab itu mereka seringkali beritahu kerajaan pusat menganaktirikan rakyat Kelantan, dan perkara ini turut diperkatakan  di luar Kelantan, tetapi tidak pula diceritakan mengenai pelbagai bantuan kerajaan pusat kepada kerajaan negeri seperti bantuan bayaran gaji kepada kakitangan negeri dan masalah air.    

"Kita nak Menteri Besar (Datuk Ahmad Yakob) dapat bawa perubahan dan berunding secara baik (dengan kerajaan pusat)  untuk beri manfaat yang kepada rakyat, bukan seperti bekas menteri besar (Datuk Nik Aziz Nik Mat) sebelum ini yang dilihat sebagai 'melempar batu, tapi sembunyi tangan'," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan