Selasa, 25 Jun 2013

Kes Altantuya: Tiada bukti kaitkan Najib


TIMBALAN PENDAKWARAYA: Tiada sebarang bukti untuk kaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kematian Altantuya.

Fitnah Pakatan Pembangkang yang terbesar sekali akhirnya terjawab lagi  hari ini dan ternyata cubaan mengaibkan DS Najib dengan tuduhan membunuh adalah satu fitnah melampau Pro Pakatan Pembangkang mana tak nya didalam kempn PRU13 dulu pun mereka ni siap cipta lagu lagi kononnya DS Najib pembunuh bagi Admin mereka ni jelas otak mereng kerana insan yang bersumpah dengan nama Allah S.W.T tidak terbabit dengan pembunuhan itu dituduh membunuh dan insan yng tak mahu bersumpah seperti dalam kes liwat pula dikatakan difitnah.
PUTRAJAYA[DIKEMASKINI] - Tiada sebarang bukti untuk kaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kematian wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, Mahkamah Rayuan di sini diberitahu hari ini.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah berkata seseorang tidak boleh sewenangnya menuduh atau mengaitkan apa-apa dengan Najib yang ketika itu timbalan perdana menteri, hanya kerana Abdul Razak Baginda secara kebetulan kenal Najib dan DSP Musa Safri pula ialah pengawal peribadi timbalan perdana menteri (TPM) pada masa itu.
"Seseorang dituduh di mahkamah berdasarkan bukti sebenar dan bukan berdasarkan bukti rekaan," katanya dan menurutnya daripada keterangan diberikan di Mahkamah Tinggi, tidak ada apa-apa bukti untuk menunjukkan penglibatan orang lain.
Abdul Razak, 50, penganalisis politik, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi tanpa dipanggil membela diri terhadap pertuduhan bersubahat dengan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, membunuh wanita itu (Altantuya) yang ketika kejadian berumur 28 tahun.
Keterangan menunjukkan Abdul Razak dan DSP Musa adalah berbalas teks mesej membabitkan Abdul Razak meminta bantuan untuk menghalang si mati (Altantuya) daripada menganggu diri dan keluarganya.
DSP Musa kemudiannya telah memperkenalkan Azilah kepada Abdul Razak.
Tun Abdul Majid berkata kenyataan bersumpah Azilah secara jelas menunjukkan apa juga tindakan yang dilakukannya adalah keputusannya sendiri dan dia tidak menerima arahan spesifik mengenai bagaimana untuk menolong Abdul Razak.
"Tidak ada apa-apa untuk mengaitkan TPM ketika itu dengan apa yang dilakukan oleh para perayu (Azilah dan Sirul Azhar) atau Abdul Razak," hujah beliau dalam rayuan dikemukakan dua anggota polis itu terhadap sabitan dan hukuman mati diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 April, 2009.
Azilah dan Sirul Azhar didapati bersalah melakukan pembunuhan itu di Mukim Bukit Raja di Klang, dekat sini, antara 10 malam, 19 Okt 2006 dan 1 pagi, 20 Oktober  2006.
Tun Abdul Majid berhujah adalah tidak relevan untuk memanggil DSP Musa memberikan keterangan kerana beliau (Musa) tidak hadir pada pertemuan antara Azilah dan Abdul Razak dan beliau sudah pasti tidak tahu apa yang berlaku.
Pihak pembelaan berhujah kegagalan pihak pendakwaan memanggil DSP boleh membawa kepada perbicaraan salah kerana beliau satu-satunya yang dapat menjelaskan mengenai lebih 30 transaksi dihantar dari telefon bimbit Abdul Razak.
Beliau juga berkata pembelaan alibi oleh Azilah juga telah dipatahkan.sumber sinar..

AKAN MENYUSUL

Tiada ulasan:

Catat Ulasan