Selasa, 4 Jun 2013

EMPAT LAGI RAKAN WANITA HINA AGONG SEDANG DIBURU PIHAK POLIS !!! ?

Nama-nama 4 lagi yang dikehandaki bagi diambil keterangan

Susulan penahanan seorang wanita berusia 32 tahun Pagi tadi Pihak Polis hari ini turut mencari empat lagi individu bagi membantu siasatan berhubung kenyataan menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, baru-baru ini.
Mereka dikehendaki kerana kenyataan ini !!!!

Menurut Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, mereka ialah Weennee Tan, Shuh Chien Loo, Hun Keat Wong dan Carol Tay.

Katanya, keempat-empat individu itu dicari setelah memuat-naik komen yang didakwa mempunyai unsur menghina Yang di-Pertuan Agong pada salah satu status Facebook milik wanita terbabit.

Difahamkan, suspek wanita itu ditahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 pada pukul 9.30 pagi ini di sekitar Ampang.


Semoga apa yang berlaku ini jadi pengajaran pada mereka-mereka yang rasa diri tu hebat sangat dengan ada nya kes-kes seperti ini dapatlah menjadi ikhtibar agar dalam berpolitik jangan sampai buat benda2 yang menyalahi Undang-undang Negara sehinggakan Nasihat Agong yang mahu kita bersatu pun nak ditentang sedar2lah Parti yang anda sokong tu yang Untung anda dapat apa ??? dapat masok lokap jadi berpolitiklah dengan bijaksana dan hasanah nescaya cahaya kebenaran itu akan terserlah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan