Sabtu, 8 Jun 2013

BUKTI NABI MUSA MEMBELAH LAUT DITEMUI

Assalamualum sahabat-sahabatku semua

Seorang ahli arkeologi  Ron Wyatt pada akhir tahun 1988 telah menemui beberapa bangkai roda kereta tempur kuno di dasar Laut Merah . Kemungkinan besar roda ini adalah bangkai kereta tempur Pharaoh yang digunakan untuk mengejar nabi Musa dan pengikutnya satu ketika dulu .

Selain menemui beberapa bangkai roda kereta tempur berkuda , Wyatt bersama krunya juga menemui beberapa tulang rangka manusia dan tulang kuda di tempat yang sama . Penemuan ini telah menguatkan lagi andaian beliau .

Hasil kajian yang dilakukan di Stockhlom University mendapati bahawa tulang belulang itu mengandungi struktur dan kandungan yang berusia sekitar 3500 tahun dahulu , lebih kurang sama dengan peristiwa yang berlaku pada nabi Musa .


Apa yang lebih menarik ialah roda dari salah satu kereta kuda yang kini dah ditutp keseluruhannya dengan batu karang tak dapat dilihat bentuk asalnya dengan jelas . Bentuk buatannya seperti sangat unik .

Mungkin Allah sengaja menutup bukti untuk menunjukkan kepada kita semua bahawa mukjizat yang diturunkan kepada nabi - Nya adalah benar belaka bukan rekaan semata - mata .



Diantara beberapa bangkai roda kereta , ditemui juga sebuah roda dengan 4 buah jeriji  yang dibuat dari emas .



Menurut pengkaji sejarah ,  Teluk Aqaba di Nuweiba adalah lokasi nabi Musa membelah laut bersama kaumnya . Kedalaman maksimum air di teluk itu adalam 800 meter di bahagian Mesir dan 900 meter di bahagian Arab . Sementara itu , di sebelahutara dan selatan kedalamannya mencecah 1500 meter . Dianggarkan jarak antara Nuweiba dengan Arab adalah 1800 meter . Lebar lintasan laut Merah yang terbelah dianggarkan 900 meter ( Ada juga yang mengatakan lebarnya selaus 7 km . Pengikut nabi Musa mengikut sejarah berjumlah sekitar 600,000 orang . Mengambil masa 4 jam untuk melaluinya ) .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan