Tahniah kepada KDN kerana bertegas sekali. Walau pun agak lewat sehinggakan mereka ni naik tocang dan sanggup memfitnah bermacam2 didalam akbar-akbar mereka dan pastinya telah mendatangkan
rungutan rakyat Malaysia tentang penjualan akhbar-akhbar cerita fitnah
Pakatan Pembangkang dijual secara terbuka walau pun hanya
untuk edaran ahli sahaja sepatutnya.
Sikap kepimpinan Pakatan Pembangkang yang membiarkan
tabloid-tabloid mereka menyalahi syarat-syarat permit bahan cetakan
adalah satu sikap yang perlu diperbetulkan dengan kadar segera kerana
sebelum ini mereka seolah-olah above the law dan boleh buat
sesuka hati mereka.
Pastinya selepas ni mereka akan menyalak dan menuduh KDN zalim walhal perkara ini jelas tertulis dalam undang-undang percetakan.
Mari lihat apa kata agenda daily:
Pastinya selepas ni mereka akan menyalak dan menuduh KDN zalim walhal perkara ini jelas tertulis dalam undang-undang percetakan.
Mari lihat apa kata agenda daily:
Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas 2,540 akhbar tabloid pembangkang dalam operasi di seluruh negara semalam kerana melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012.
KDN dalam kenyataan hari ini berkata, sebanyak 1,408 tabloid Suara Keadilan, 1,062 tabloid Harakah dan 70 tabloid The Rocket dirampas.
Rampasan itu dibuat setelah KDN mendapati pihak tabloid berkenaan gagal mematuhi syarat-syarat ditetapkan di bawah akta itu iaitu kesalahan untuk mencetak, mengimport, menerbit akhbar tanpa permit dan tidak mematuhi syarat-syarat permit iaitu untuk edaran ahli sahaja seperti yang ditetapkan KDN.
"Operasi penguatkuasaan ini dijalankan di premis-premis yang menjual tabloid di seluruh negara pada 22 Mei dengan mengambil kira tindakan pemantauan dan teguran yang telah dilakukan oleh KDN sebelum ini," katanya kenyataan itu.
Kenyataan itu berkata operasi akan dilakukan secara berterusan bertujuan menguatkuasakan undang-undang di bawah akta berkenaan bagi memastikan semua pihak tidak melanggar akta itu.- AgendaDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan