Jentera siber
tajaan Red Bean Army tidak lebih daripada sekumpulan penipu dan pembuli
siber. Memberi gelaran anjing, babi, ugutan bunuh, serang Islam dan Nabi
Muhammad, agenda rasis untuk boikot produk orang Melayu, termasuklah
menyerang orang Cina yang menyokong BN.. memang macam Parti Komunis
Malaya..
Baca dua artikel di bawah untuk memahaminya...
LAWA tapi biadab, hasut bunuh Najib, Tun Mahathir
http://keris7lok.blogspot.com/2013/05/lawa-tapi-bongok-hasut-bunuh-najibrazak.html
Dia ingat dia lawa
sangat sampai boleh keluar kenyataan nak bunuh PM? Biadap punya betina!
Tak hormat langsung. Keris tak kisah pun dia nak sokong mana-mana parti
politik pun sebab itu hak masing-masing tapi jangan melampau dan biadap
sangat.
Nama betina ni Venus Cheng dan
bawah ni FB dia :
Tengok apa dia tulis :
RIDHUAN
TEE: Transformasi Kabinet @NajibRazak & Kisah Cyber Trooper
'Laknat'
(Buka Minda, Sinar
Harian 20 Mei 2013)
Tahniah saya
ucapkan kepada barisan kabinet yang telah dilantik. Jalankanlah amanah
yang amat berat itu. Ingat! jawatan pemimpin ada perkiraan dunia dan
akhirat. Pemimpin akan dihisab dahulu berbanding rakyat.
Beberapa muka
baharu yang dilantik, menunjukkan bahawa PM mahukan kabinet kali ini
lebih berintegriti daripada dahulu. Kita amat mengharapkan ia akan
disambut oleh ahli kabinet lama yang dilantik semula. Ini peluang
terakhir untuk UMNO BN membaiki diri. Jika gagal, saya tidak pasti
apakah nasib UMNO BN pada PRU14.
Kepimpinan
baharu perlu ingat, hari ini tentera-tentera siber ultra kiasu (cyber
trooper) yang juga dikenali sebagai atau red bean army dan berbagai nama
lagi, berkeliaran di merata tempat. Kerja mereka mencapai 'kelemahan,
ketirisan dan semua perkara negatif. Berhati-hati jugalah bila tinggal
di hotel.
Bila dapat
bukti, kerja mereka melancarkan serangan habis-habisan bagi memastikan
niat mereka tercapai. Mereka telah diupah oleh ultra kiasu untuk
mematikan watak seseorang (character assassination), termasuk
menumbangkan kerajaan. Ia bermula dengan serangan individu.
Terbaharu,
bekas hakim mahkamah rayuan yang mengeluarkan kenyataan yang kononnya
'berbau perkauman', diserang habis-habisan. Wal hal bekas hakim tersebut
hanya mengingatkan, jangan terlalu menekan orang Melayu. Dibimbangi
orang Melayu akan bertindak balas. Jika kita mengkaji psikologi orang
Melayu, kenyataan ini ada benarnya. Persoalannya, kenapa beliau menjadi
sasaran sedangkan ramai lagi yang berucap lebih teruk daripada beliau?
Adakah
menghina Islam dan undang-undangnya, bangsa Melayu dan bahasanya dan
raja Melayu tidak sensitif? Nasib baiklah, bekas hakim ini, tidak ada
skandal atau kenyataan-kenyataan yang sensitif sebelum ini, jika tidak
nasibnya mungkin sama seperti Zulkifli Nordin dalam PRU13 baharu ini.
Dalam kempen
PRU13 lalu, Zulkilfi Nordin diserang habis-habisan. Ucapannya pada tahun
2003, dimanipulasikan dan diekspoitasikan, hanya kerana beliau
bertanding atas tiket UMNO BN. Kenapa dan mengapa, video tersebut tidak
dimainkan ketika beliau bertanding di bawah PR pada tahun PRU11 2004 dan
PRU12 2008?
Ringkasnya,
sesiapa sahaja 'public figure' yang 'pro' UMNO BN akan 'ditelanjangkan'
habis-habisan oleh tentera siber laknat ini. Niat mereka hanya satu,
mahu menakut-nakut rakyat terhadap UMNO BN, menggunakanpsychological
war far dan menaikkan PR.
Saya
difahamkan tentera siber ini telah diupah oleh ultra kiasu untuk
melaksanakan agenda jahat mereka. Kumpulan ini telah didoktrinkan untuk
menentang kerajaan. Kita harapkan KDN dan kementerian komunikasi akan
melihat perkara ini dengan serius.
Sama ada
mereka dibayar atau tidak, saya tidak dapat pastikan tetapi
pengdoktrinisasi telah berlaku. Otak mereka telah dicuci. Ini paling
bahaya. Kerja mereka hanya satu, lancarkan serangan siber. Misalnya,
dahulu isu pekerja KFC Melayu 'memukul' pelanggannya berbangsa Cina. Isu
ini hanya isu kecil, mereka perbesarkan jadi isu perkauman. Mereka ajak
pelanggan bukan Melayu boikot KFC, hanya kerana pemegang francais
adalah orang Melayu. Begitu juga kempen memboikot jenama roti terkenal
kepunyaan orang Melayu. Apakah ini tidak rasis?
Justeru, saya
amat mengharapkan kabinet baharu berhati-hati dengan serangan tentera
siber ini. Cara tidak lain, jaga diri, ahli keluarga dan berhemah dalam
berbelanja. Utamakan rakyat sebagaimana tagline gagasan 1Malaysia.
Bukan kita takut dengan mereka. Jangan beri peluang mereka mencari atau
mendapatkan kelemahan kita.
Siapa sahaja
yang mempertahankan atau membela UMNO BN akan dilabelkan sebagai anjing,
babi, pengkhianat bangsa dan sebagainya. Saya telah melalui semua
serangan ini. Saya tidak kata semua UMNO BN lakukan itu betul.
Terbaharu,
seorang warga emas Cina di negeri Pahang, berusia 72 tahun, sehingga ke
hari ini sudah 20 hari tidak makan, hanya minum sahaja, mogok lapar
membantah projek kontroversi Lynas dan perlombongan emas di Bukit Koman.
Beliau mahukan projek ini dihentikan. Sedangkan bukti-bukti saintifik
menunjukkan projek tersebut tidak membahayakan. Bagaimana pula jika
projek ini berada di kawasan orang Melayu? Adakah protes yang sama akan
dilakukan?
Harapan saya
agar kabinet baharu ini benar-benar dapat melaksanakan amanah berat ini.
Bertindaklah dengan tegas. Utamakan agenda negara daripada agenda
bangsa berpaksikan perlembagaan. Jika dalam perlembagaan, terpancar
perlindungan terhadap Islam, Melayu (bumiputera), bahasa Melayu dan Raja
Melayu, jangan takut untuk mempertahankannya.
Kadangkala
saya amat sedih apabila kita terlampau melayan agenda bangsa, sehingga
agenda negara tidak tentu haluan. Misalnya, isu sekolah kebangsaan.
Memang paling ideal, kita hanya memerlukan sekolah satu aliran. Pergilah
ke mana ceruk dunia sekali.
Justeru, bila
kerajaan membenarkan sekolah pelbagai aliran (sekolah vernacular),
bersyukurlah. Jangan jadi kaduk naik junjung. Ini tidak, apa jua agenda
kerajaan untuk memperkasakan agenda negara ditentang! Misalnya,
pemerkasaan bahasa Melayu di sekolah vernacular, ditentang
habis-habisan, hatta sampai ke peringkat mensyaratkan kepada kerajaan
supaya guru BM dan BI mesti mendapat kredit dalam mandarin peringkat
SPM. Bermakna, guru BM dan BI mesti datang daripada SMJKC, walaupun
mereka berbangsa Melayu atau India.
Persoalannya,
kenapa siber trooper tidak melihat isu ini sebagai rasis. Begitu juga
tuntutan untuk menghalalkan sijil UEC dan semua universiti di China dan
Taiwan. Sedangkan pelajar-pelajar yang dihantar ke sana, begitu kurang
ajar, sanggup menterbalikkan jalur gemilang apabila UMNO BN memenangi
PRU13 baru-baru ini. Kenapa tentera siber tidak serang pelajar kurang
ajar ini? Kenapa ultra kiasu diam sahaja akan tindakan mereka. Kita
gagal dalam melahirkan warga yang patriotik. Yang ada hanya warga yang
rasis. Melayu dituduh rasis, mereka tidak. Apakah ini adil?.
http://ridhuantee.blogspot.com/2013/05/transformasi-kabinet-dan-cyber-trooper.html?m=1
Tiada ulasan:
Catat Ulasan