Khamis, 23 Mei 2013

POLIS BERI KETERANGAN MENGAPA TIGA PEMIMPIN BESAR PAKATAN PEMBANGKANG DI TANGKAP !!! ?

Polis hari ini  menjelaskan berkenaan isu kenapa penahanan tiga pemimpin Pakatan Pembangkang yang di tahan semalam ia sebenarnya berhubung ceramah berbaur hasutan yang disampaikan mereka di Dewan Perhimpunan Cina di sini pada 13 Mei lepas menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh .


Naib Presiden PKR Tian Chua, aktivis Haris Ibrahim dan anggota Pas, Tamrin Ghafar yang ditahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 Kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Jinjang untuk diambil keterangan dan kita lihat sejauh mana mereka bekerjasama.
"Polis berhak menahan mereka selama 24 jam yang pertama,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Menurutnya sama ada polis akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap ketiga-tiganya bergantung kepada proses siasatan yang masih berjalan.
Psssttt:Kalau pemimpin dia orang dah tak reti nak menghormati undang-undang apalagi anak kaki diaorang ni ,bagaimanalah kalau mereka ni memerintah Negara...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan