Sabtu, 11 Mei 2013

PERHATIAN !! JANGAN HADIRI BANTAH 505 DI PERAK ESOK KERANA IANYA DISAHKAN PERHIMPUNAN HARAM !!!!


Permohonan Perhimpunan Bantah 505 di Perak esok tidak diluluskan menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, polis tidak meluluskan permohonan bagi Perhimpunan Bantah 505 peringkat negeri Perak kerana tidak menepati syarat-syarat di bawah Akta Perhimpunan Awam.


Beliau berkata, penganjur perhimpunan itu sepatutnya membuat permohonan kepada Ketua Polis Daerah Ipoh dalam tempoh 10 hari sebelum tarikh perhimpunan.
"Jika Penganjur terus mengadakan perhimpunan maka itu akan jadi satu perhimpunan haram,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohd Shukri menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut di Medan Istana di sini.
Diharap pihak Polis mengambil tindakan tegas dan menangkap siapa yang berdegil dan jangan tunjukkan kelemahan penguatkuasaan undang2 di Malaysia ini kerana kalau kita biarkan mereka ni akan naik tocang dan tak menghormati kedaulatan undang-undang Negara demi menjaga keamanan Negara kerana kita takut sebarang kejadian rusuhan yang tak terkawal jika penganjur gagal mengawal emosi amarah mereka itu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan