Selasa, 28 Mei 2013

PENINGKATAN GEJALA SOSIAL KELANTAN DITAHAP BAHAYA DAN SANGAT MEMBIMBANGKAN !!!!

Mana Raja Mohd shahrin yg kaki komen kat surat Khabar Sinar ni haaahh..kenapa ko tak komen masaalah Kerajaan Kelantan ni selalu muka ko jer dlm SH ni kaki komen jgn la Asobiah sangat klu kumpulan ko kemain jaga plk kerja takda mengkritik jer lain takda..lain kali sama2 fikir macam mna nk selesai masaalah ni tak mengkritik jer kerjanya...
PASIR PUTEH - Penglibatan pelajar sekolah menengah dalam gejala sosial termasuk kes penyalahgunaan dadah, kecurian dan rogol di Kelantan adalah membimbangkan.  
Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kelantan ACP Aziz Salleh berkata peningkatan itu berpunca daripada sikap ibu bapa yang tidak bertanggungjawab serta suka 'lepas tangan' kepada pihak lain.
"Mereka meletakkan tanggungjawab itu kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru di sekolah sepenuhnya untuk mendidik anak mereka," katanya kepada pemberita selepas menutup latihan tahunan Kor Kadet Polis Kontinjen Kelantan di Pantai Bisikan Bayu hari ini.
Beliau bagaimanapun tidak memberi butiran lanjut berhubung perkara itu.
Aziz juga berkata gejala yang lebih membimbangkan adalah penglibatan pelajar dalam penagihan  serta pengedaran dadah oleh sindiket yang cuba mengambil kesempatan terhadap mereka.
Perkara ini bukan sahaja membabitkan pelajar di bandar malah seluruh pelusuk kampung, termasuk kawasan pedalaman, katanya.     Beliau berkata sehubungan itu, polis kini memantau situasi berkenaan secara serius dan mengambil tindakan sewajarnya, dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah, termasuk memberi ceramah di sekolah. - Bernama
Psstttt...Jangan asik nak jaga tepi kain orang lah sedangkan kain sendiri terlopong wakakakakak...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan