Selasa, 7 Mei 2013

Pemerhati asing puji kelancaran PRU-13 Buat Anwar Kecewa !!!!



Anwar mahu selesai isu penipuan pilihan raya dulu Sedangkan Pemerhati asing puji kelancaran PRU-13



Kenapa Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim didalam MALAYSIA KINI ]  Beliau berkata akan menimbangkan mengenai persaraannya daripada politik selepas menyelesaikan isu penipuan dan penyelewengan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya umum ke-13 sedangkan Para pemerhati asing memuji proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) semalam yang disifatkan sebagai telus dan mematuhi proses demokrasi sebenar[KLICK]DISINI UNTUK BUKTI.

Seramai 18 pemerhati dari Indonesia, Myanmar, Kemboja danThailand itu berada di negara ini sejak Jumaat lalu bagi melihat secara dekat perjalanan pilihan raya di Malaysia.
Mereka dibawa melihat proses berkempen, tempat pembuangan dan pengiraan undi serta pengumuman penuh keputusan PRU-13.
Ketua Delegasi Kemboja, Dr. Sin Chum Bo menyifatkan semua proses yang dijalankan amat baik dan dijamin selamat dari segi kerahsiaannya.
Beliau berkata, usaha yang diperkenalkan oleh SPR termasuk penggunaan dakwat kekal adalah bukti ketelusannya dalam mengendalikan pilihan raya kali.
“Saya lihat proses pengundian dan penjumlahan undi berjalan dengan begitu telus serta disaksikan oleh pemerhati bebas,” ujarnya ketika ditemui di sini semalam.
Katanya, mereka juga berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh SPR dan pihak berkuasa lain sepanjang menilai perjalanan PRU-13.
“Proses pengundian berjalan dengan baik dan aman tanpa isiden yang tidak diingini,” ujarnya.
Dalam pada itu, Ketua Delegasi Indonesia, Husni Kamil Manik berkata, semangat tinggi yang ditunjukkan oleh para pengundi Malaysia sepanjang tempoh berkempen dan mengundi wajar diberikan pujian.
“Saya melihat ada satu semangat luar biasa dalam kalangan pengundi di negara ini apabila jumlah yang keluar mengundi begitu besar.
“Saya harap proses yang dilaksanakan pada PRU-13 ini akan menjadi panduan kepada Indonesia dalam mengadakan pilihan raya pada masa akan datang,” jelas beliau.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan