NILAI agama terletak sepenuhnya pada wahyu. Oleh itu kita perlu memperbetulkan metodologi dalam kita berkomunikasi dan berbicara tentang agama.
Tidak kira mana-mana ustaz bercakap, yang penting adalah sumbernya, dan bagaimana sumber itu diulas.
Baharulah kita boleh bebaskan manusia daripada sikap taksub kepada keperibadian dan batang tubuh individu mahupun kumpulan, kerana agama disampaikan asasnya bersumberkan al-Quran dan hadis, bukan pendapat manusia.
Rasulullah SAW banyak berpesan tentang larangan bersikap ghuluw (berlebihlebihan). Ketika para sahabat Nabi r.a memuji Nabi, di mana mereka memanggil Rasulullah dengan gelaran “Wahai Rasulullah, Wahai orang yang terbaik di antara kami! Wahai Sayyidi (penghulu kami) dan putera penghulu kami!”
Baginda segera membantahnya dan mengatakan, “Wahai manusia, ucapkanlah dengan ucapan yang biasa kamu ucap, supaya syaitan tidak merasuki kamu. Aku Muhammad bin Abdullah, hamba ALLAH dan RasulNya. Aku tidak suka kamu sanjungku di atas kedudukan ALLAH beri kepadaku.” (Riwayat Ahmad dan an-Nasa-i)
Kalau Rasulullah SAW sendiri tidak suka dan tidak mengizinkan orang memuji dan memujanya lebih dari tahap kedudukannya, apatah lagi kita manusia biasa.Sering kita lihat seseorang itu dijadikan ikon kerana dia pandai bercakap ataupun pandai memberi motivasi.
Sedetik dia bercakap boleh membuatkan orang menangis dan ketawa. Manusia mengatakan dia hebat, menyanjung tinggi dan memujanya. Pantang ada orang menyentuh sedikit kesilapannya, akan melentinglah pemujanya.
Hebat apa kalau perkataannya bukan berasaskan wahyu? Ketahuilah bahawa wahyulah yang telah mengubah dunia Arab suatu ketika dahulu. Wahyu inilah yang menyebabkan orang seperti Umar, Utsman, Ali, Muawiyah, Hamzah, dan seluruh sahabat Nabi yang lain menerima Islam dan berpegang kuat dan sanggup mati kerananya.
Lihatlah bagaimana wahyu melahirkan generasi sangat hebat. Sekarang ini kita melahirkan generasi apa? Kita mungkin boleh dikatakan hebat dari sudut penampilan, cara berpakaian, cara kawad, persediaan persenjataan, ekonomi, namun tidak lebih dari itu. Di manakah kekuatan akidah?
Hari ini, walaupun ramai yang sudah mengenali sumber agama, namun timbul satu lagi masalah; iaitu mereka tidak mengetahui metodologi yang benar dalam memahami sumber agama itu.
Golongan yang sesat 1400 tahun dahulu seperti Khawarij, Syiah, Qadariyah, Jabriyah, Murji-ah dan yang seumpama dengannya, mereka menggunakan nas-nas al-Quran dengan pemahaman yang salah sehingga mengkafirkan sahabat Nabi.
Maka tidak semestinya setiap orang yang berdalilkan al-Quran dan sunnah itu tepat kaedah mereka memahaminya. Oleh kerana itu penting juga untuk kita mempelajari dan mengetahui bagaimana kaedah atau metodologi dalam memahami al-Quran dan sunnah supaya kita tidak terkeliru dengan pelbagai tafsiran yang saling bercanggah.
Ada metodologi tafsir yang khusus dalam memahami al- Quran. Perlu diketahui bahawa ada kitab tafsir yang boleh dipakai, dan ada juga tidak boleh.
Bagi orang yang tidak tahu, yang majoritinya dari kalangan masyarakat awam, mereka mengatakan merujuk dan membaca kitab tafsir hebat. Mereka tidak mampu bezakan antara kebenaran dengan batil.
Sebab itu Islam menjaga semua ini. Ulama-ulama Islam terdahulu sangat berhati-hati dalam memilih anak murid. Contohnya adalah sikap tegas Imam Ahmad apabila anak muridnya Al-Harits Al-Muhasibi meminta izinnya ingin belajar dengan tokoh ahli kalam, Muhammad Ibn Kilab.
Muhammad bin Kilab orang yang pandai berdebat dan hebat mematahkan hujah. Dulu ulamaulama Islam menggelar mereka Al-Mutakallimun (Ahli kalam– orang yang pandai bercakap).
Orang yang membawa dalil pun boleh kalah berdebat dengan mereka, sebab pandai bercakap. Golongan Mutakallimun seperti ini hanya berbicara secara rasional dan akal-akalan, bukan berasaskan fakta dan bukti.
Sebab itu Imam Ahmad apabila anak muridnya minta hendak pergi belajar dengan ahli kalam, Imam Ahmad menjawab, “Jika engkau pergi kepadanya, maka jangan engkau kembali kepadaku.” Ulama dulu tidak mengizinkan langsung muridnya pergi ke arah lain. Ini yang dikatakan manhaj.
Fahami dahulu akidah ahli sunnah, faham dulu prinsip-prinsip asas. Seseorang itu tidak akan boleh membezakan antara kebenaran dan kebatilan tanpa mempelajari manhaj terlebih dahulu.
~UFB~

Tiada ulasan:
Catat Ulasan