Khamis, 23 Mei 2013

[ FOTO ]PADAN MUKA AKIBAT BUAT KECOH DEPAN BALAI POLIS JINJANG WANITA CINA DI TANGKAP !!!!


Tahniah PDRM !! Pihak Polis mula bertindak menahan mereka yang terlibat di dalam satu perhimpunan haram di Balai polis Jinjang sebentar tadi. 

Mereka di katakan mula bertindak mencabar polis dengan menggunakan perkataan kesat dan melancarkan provokasi bebaur sentimen seperti"Melayu bangsat Dan Melayu bodoh". Dinasihatkan agar semua bertenang dan menjaga keharmonian negara kita.
Menurut laman Twitter milik Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia Safwan Anang, 18 orang telah ditahan di depan Pusat Tahanan Jinjang ketika perhimpunan untuk memberi sokongan kepada Adam Adli.

Antara yang ditahan ialah empat wanita berbangsa Cina, tiga lelaki Melayu dan selebihnya lelaki berbangsa Cina.

Semua yang ditahan akan dibawa ke Balai Polis Jinjang. Setelah rakam percakapan, kesemua OKT akan diberi jamin.

Ketika berita ini ditulis, pihak polis masih lagi belum memberi pengesahan tentang jumlah tangkapan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan