Jumaat, 31 Mei 2013

DAP JELAS LANGGAR UNDANG-UNDANG ROS !!! BATALKAN DAP ??

Ketua Pengarah ROS: Ramai anggota DAP tidak terima notis panggilan hadiri kongres

Cakap dulang paku serpih Mengata SPR... DAP yang lebih haaahaaa..kita dah nampak hal yang semacam ni pun dah kantoi, inilah yg dikatakan mencari KEADILAN berkepentingan.

DAP hanya perlu menjaga 753 delegasi sahaja dah tak betul,pincang sana sini ibarat Kapal Perang yang baru pulang berjuang tembok sana sini kerana terkena bedilan musuh macam tu lah buruknya rupa DAP ni tembok sana sini,

SPR perlu menyelaraskan tugas 13 juta rakyat yg layak tapi DAP nak uruskan perkara yang kecik ni jelas terbukti kepincangan, yg besar macam mana lah jadinya nanti yer Admin gelakkan aja bila penyokong totok Pas ni tertipu dengan fitnah DONGENG pakatan Pembangkang ni heeheee belum pun terbukti atau dengan bukti-bukti yg nyata, hanya taksub dgn kata2 pemimpin yg mabuk yg ingin merelevankn dirinya dari mengotakan janji yang tak pasti.kita diberi akal dan fikiran jadi gunakanlah akal secantik minda bersihkanlah maqam hati mu yer orang-orang Pakatan Pembangkang .ingat Tuhan bagi akal utk kita berpikir jadi renung-renungkanlah


KUALA LUMPUR - Siasatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) mendapati ramai anggota DAP yang layak, tidak menerima notis panggilan untuk menghadiri kongres kebangsaan parti, pada 15 Dis lalu.
   
Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, keputusan siasatan itu diperoleh selepas siasatan ke atas aduan daripada anggota DAP yang tidak menerima notis tersebut.
   
"Anggota-anggota DAP yang tidak menerima notis itu telah dinafikan hak untuk mengundi dan seterusnya membuat pemilihan di kongres tersebut," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
   
Abdul Rahman juga memaklumkan bahawa ROS akan meneruskan siasatan terhadap isu lain yang dikemukakan pengadu dan akan meneliti semua dokumen sebelum keputusan dibuat berdasarkan Akta Pertubuhan 1966.
   
Isu pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti berkenaan pada tahun lalu menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan oleh anggotanya sendiri apabila DAP dikatakan gagal memberikan notis kepada 753 delegasi yang merupakan anggota sah dan layak mengundi pada hari tersebut. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan